Salam alaik,

Sekarang ni ada macam-macam iklan yang mempengaruhi kita untuk membeli SUSU 
TINGGI CALCIUM dan UBAT SUPPLEMENT CALCIUM. Kononnya Calcium dari produk mereka 
akan mencukupkan keperluan kita untuk tulang yang lebih kuat, mengganti Calcium 
yang hilang dari aktiviti harian serta mengelak dari penyakit osteoporosis.

Tapi takda pulak mereka beritahu bahawa TANPA VITAMIN D, maka Calcium Sintetik 
tidak dapat diproses oleh badan dengan baik. Pada masa yang sama WALAUPUN CUKUP 
VITAMIN D, calcium SINTETIK masih tidak dapat diproses sepenuhnya oleh badan 
dan boleh menyebabkan kecelaruan keseimbangan hormon dalam badan manusia. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh kumpulan saintis di Sweden terhadap 61,000 
wanita, sesiapa yang ambil Calcium secara tidak natural, iaitu dari SUSU YANG 
DIPERKAYAKAN DENGAN CALCIUM SINTETIK dan SUPPLEMENT, meningkatkan risiko 
terkena penyakit jantung.

33 % ( seramai 20,000 orang ) peserta kajian selama 19 tahun itu mati akibat 
serangan jantung kerana pengambilan Calcium sintetik melebihi dari 1,400mg 
sehari. Manakala yang mengambil kurang dari 600mg juga mempunyai risiko tinggi. 

Bagi yang mengambil Calcium sebanyak 600mg hingga 1,000mg setiap hari berada 
ditahap selamat, yakni lebih panjang umur. Pada masa yang sama, pengambilan 
Calcium mereka adalah secara NATURAL ( tabii ) dari makanan tinggi Calcium 
seperti ALMOND, IKAN SARDIN, KERANG, KEJU, SAYURAN HIJAU, TAUHU, BIJAN, SUSU 
MASAM dan KEKACANG.

Pada masa yang sama, mereka juga cukup pengambilan VITAMIN D dari makanan yang 
kaya dengannya secara natural yakni dari IKAN, TELUR IKAN, TAUHU, TELUR AYAM 
dan CENDAWAN BUTANG. Matahari juga penting untuk badan menjana Vitamin D dengan 
sendiri.

Baca lebih lanjut di sini : 
http://shine.yahoo.com/healthy-living/can-too-much-calcium-kill-you--could-be--say-the-latest-findings--215556903.html

Kesimpulan :

1. Tambahkan ilmu supaya tidak kena bohong dengan Industri Farmasi dan Industri 
Makanan diproses.
2. Vitamin D dan Calcium adalah sahabat yang tidak boleh dipisah, jika ingin 
panjang umur.
3. Pengambilan Calcium dan Vitamin D perlu secara natural sahaja, yakni dari 
makanan harian.

Nabi dah berpesan kepada kita, supaya kita ambil tahu apa yang masuk ke dalam 
mulut kita kerana PERUT adalah ibut segala penyakit.

Untuk Muslim, Halal sudah cukup. Tapi untuk Mukmin pula, Halal sahaja tidak 
cukup. Halal perlu serangkai dengan Baik, Bersih dan Menyihatkan. Dengan ini 
lebih sihat untuk menunaikan tanggungjawab kepada diri, keluarga, jiran,  
masyarakat dan agama.

---------------------------------------------------------------------------------


{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke