Salam alaik,

Untuk beberapa tahun ni, orang Melayu Malaysia selalu ke Cambodia dalam projek 
membantu rakyat keturunan Champa di sana. Ada yang buat projek Korban Aidil 
Adha, ada buat projek bina sekolah, ada yang beri bantuan kelengkapan sekolah 
dan macam-macam lagi projek bantuan ekonomii.

Satu ketika dahulu, saya menganggap pengunjung dari Malaysia ni telah tidak 
memberi keutamaan kepada orang yang miskin di Malaysia sendiri. Ibarat Kera di 
hutan di susukan, Anak di rumah mati kelaparan.

Saya silap. Cukup silap pandangan saya. Ia disebabkan kecuaian saya untuk 
menilai dari aspek lain kerana pengetahuan saya yang cetek dan ilmu yang lapuk. 
Semoga dapat memaafkan.

Dengan saluran bantuan yang diberikan kepada kaum Champa di sana, hasilnya 
cukup baik - DUNIA dan AKHIRAT. Usaha orang Malaysia merupakan dakwah yang 
indirect kepada kaum Champa yang menganut pelbagai fahaman agama. Dakwah ini 
membawa mereka ke agama Islam yang benar.

PENGENALAN

Kaum Champa terdiri daripada 5 suku kaum utama dan tinggal di beberapa kawasan 
di Cambodia, Vietnam, Pulau Hainan, Thailand, Laos dan juga Malaysia. Pengkaji 
bahasa memasukkan bahasa kaum Champa ke dalam kategori Melayu-Polynesia dan 
lebih dekat lagi sebagai dialek yang mirip Bahasa Aceh, Utara Sumatera. Banyak 
juga perkataan bahasa Champa yang sama dengan bahasa Melayu seperti pengiraan 
dan nama-nama objek. 

SEDIKIT SEJARAH

Dalam pencapaian tamaddun ketika dahulu, kaum Champa telah menerbitkan naskah 
karya Melayu Tertua dalam Sejarah Dunia Melayu, yakni pada abad ke 4 masihi. 
Lantas teks Champa ialah 300 tahun lebih tua dari skrip Sumatera Utara yang 
telah ditemui oleh pakar arkeologi. Banyak lagi penemuan arkeologi kaum Champa 
sejak abad ke 2 masihi lagi.

Empayar Champa terletak di kawasan IndoChina di pinggir Laut China Selatan dan 
merupakan kaum pedagang dan pelaut handalan sejak Abad ke 3 sehingga tahun ke 
19. Mereka berdagang pelbagai barangan yang dibawa dari seluruh pelusuk 
IndoChina - emas, perak, batu-batu permata, herba ubatan dan sebagainya. 
Kawasan asal penduduk Champa pada zaman moden ini dikenali sebagai VietNam. 
Tapi setelah serangan demi serangan oleh Kaum VietNam dari Utara dan Kaum Khmer 
dari Barat, maka Empayar Champa musnah. Pada tahun 1832, Empayar Muslim Champa 
dihancurkan terus oleh kaum pendatang ( VietNam ).

Di mana sahaja kaum VietNam bertapak di bumi Champa, Maharaja VietNam 
mengharamkan perkahwinan dengan kaum Champa. Malahan Maharaja VietNam 
mengarahkan pembunuhan beramai-ramai ke atas kaum Champa. Sehinggalah ramai 
menjadi pelarian dan yang mana tak mampu melarikan diri, jadilah minoriti di 
bumi sendiri. Tak hairanlah mengapa berlaku pula pembunuhan beramai-ramai ke 
atas kaum VietNam yang mencecah 7 juta orang oleh Tentera Ganas Amerika pada 
abad 20an sebagai karma.

Kini hanya tinggal seramai 400,000 sahaja keturunan Champa di VietNam dan 
Cambodia.

Daripada 1.7 juta orang yang dibunuh tentera Khmer Rouge yang dikepalai oleh 
Pol Pot, puluhan ribu kaum Champa dibunuh. Dari 113 masjid di seluruh Cambodia, 
hanya tinggal 31 sahaja. Itupun pada zaman Pol Pot, mana masjid yang tidak 
musnah menjadi kadang babi, solat diharamkan dan dipaksa makan pada bulan 
Ramadan. Masjid-masjid yang terpencil, selamat.

KEPERCAYAAN / ANUTAN

Kaum Champa telah menganut agama Hindu pada awal-awal lagi sebelum wujudnya 
Empayar mereka. Kemudian mereka menganut agama Buddha selama 200 tahun kerana 
ikut perintah Raja. Selepas itu mereka menganut agama Hindu kembali. 
Kemudiannya, Raja dan ramai rakyat Champa memeluk Agama Islam dengan kedatangan 
sahabat-sahabat Rasulullah pada zaman Sayyidina Usman sebagai Khalifah di abad 
ke 7. Ia pada masa yang sama dengan kedatangan sahabat-sahabat ke China ketika 
Dinasti Tang.

Kini di kalangan kaum Champa ada 4 anutan utama:
1. Agama Islam (Sunnah Wal-Jamaah)
2. Agama Kaum Jumaat - solat seminggu sekali sahaja, yakni hari Jumaat sahaja. 
Berpuasa hanya 3 hari pada bulan Ramadan. banyak amalan dalam bahasa Champa.
3. Agama Cham Bani - mencampur-adukkan amalan agama Islam dengan mistik Hindu 
Brahma serta memanggil-manggil roh orang mati pada bulan Ramadan dalam masjid
4. Agama Hindu Balamon

HASIL LAWATAN MELAYU MALAYSIA KE CHAMPA

Dengan lawatan demi lawatan Umat Islam Malaysia ke Cambodia, semakin ramai dari 
golongan Kaum Jumaat dan Cham Bani menjadi teruja dan terpengaruh untuk 
mendekati Islam yang sebenar. Anak-anak mereka dapat pergi ke sekolah-sekolah 
agama di Cambodia yang ditaja dari bantuan wang ringgit orang Malaysia. Ada 
juga yang datang ke Malaysia untuk belajar Agama Islam lebih lanjut lagi. 
Kesannya cukup baik kerana sekembalinya mereka ke kampong halaman 
masing-masing, mereka mendakwah pula penduduk di situ.

Saya pasti orang Malaysia yang melawati Cambodia bukan hanya membawa buah 
tangan sahaja, tetapi juga dengan senyuman manis, aura keikhlasan yang dapat 
dirasai, ilmu manfaat serta akhlak terpuji. Itulah ciri-ciri pendakwah sebenar 
yang juga telah dapat memikat hati Kaum Champa pada zaman kedatangan 
sahabat-sahabat Rasulullah lagi. Begitu besar pahala dan berterusan pula 
sehingga ke liang lahad.

Jika sesiapa ingin mengetahui serba-sedikit mengenai kaum Champa di Cambodia 
dan Vietnam, video-video link di bawah ini mungkin dapat memberi sedikit 
gambaran am.

Semoga artikel ini membuka mata dan dapat memberi bermanfaat.

Part 1 : https://www.youtube.com/watch?v=TtmupP4iGz8

Part 2 : https://www.youtube.com/watch?v=_pQ9byf3tU0

Part 3 : https://www.youtube.com/watch?v=ujB-ezMeewE


---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke