Salam alaik,

Link yang saya sertakan ini memberitakan mengenai perjalanan 112 orang Rohingya 
dari Burma ke Malaysia dengan menaiki boat. Tetapi sebelum mereka dapat sampai 
ke sempadan laut Malaysia, boat mereka telah ditahan oleh Navy Thailand. Di 
situ, engine boat mereka telah dirampas dan ditolak semula ke laut. 

http://www.guardian.co.uk/world/2013/feb/22/burmese-asylum-seekers-die-25-days-at-sea


Setelah itu mereka terombang-ambing di laut selama 25 hari. Semasa itu 97 orang 
telah mati, dan 25 orang lagi masih hidup ketika diselamatkan oleh Navy Sri 
Lanka.

Negara Bangladesh tak mahu mereka. Negara Burma tak akui mereka sebagai rakyat. 
Malahan kaum Rohingya di Rakhine dibunuh beramai-ramai. Yang biasa kaum 
Rohingya tuju ialah Malaysia.

Saya rasa kebanyakan daripada kita telah berpengalaman dan telah berinteraksi 
dengan kaum Rohingya. Paling ketara ialah peminta-peminta sedekah di kawasan 
pejalan kaki dan pasar malam di Penang, JB dan Kuala Lumpur. Laki mereka yang 
berjanggut-janggut pula melepak di Masjid sambil kunyah sireh. Yang paling 
ramai berada di Pasar Borong Selayang. Di situ ada yang menjadi samseng, ada 
menjadi penjual sayur ( yakni sayur yang telah dibuang oleh penjual sayur 
tempatan dan dibeli pula oleh pengusaha gerai makanan yang mahu murah-murah ) 
dan ada yang menjadi pengedar dadah jenis heroin, pil kuda dan ganja.

Saya pernah ke daerah Narathiwat dan Pattani di Thailand. Pelarian Rohingya 
ramai melepak di Masjid-masjid pada msa tu. Bila azan sahaja, mereka keluar 
dari masjid beramai-ramai. Habis saja orang solat jemaah, mereka kembali datang 
melepak di veranda masjid. Mereka ini rasanya sedang menanti peluang untuk 
memasuki Malaysia secara haram.

Sudah tentu ada yang baik-baik dan terpelajar di kalangan mereka, selain 
daripada yang suka memilih kerjaya-kerjaya gelap.

Persoalannya, mengapa majoriti daripada mereka terus hidup dalam keadaan yang 
terhina?

Mungkinkah ada beberapa amalan di dalam budaya mereka yang menarik bala?

Ada sesiapa dapat memberi pencerahan kepada saya?
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com

---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke