Salam alaik,

Saya sertakan sebuah link yang memberitakan penipuan syarikat-syarikat makanan 
gergasi di dunia termasuklah Nestle, terhadap ibu-ibu yang menyusukan anak-anak 
di Indonesia, Cambodia, Vietnam, Filipina, Thailand, Pakistan, benua Afrika dan 
banyak negara-negara yang sedang membangun.

http://www.guardian.co.uk/global-development/2013/feb/17/formula-milk-firms-mother-breastfeeding


Banyak penyiasatan telah dilakukan oleh UN dan NGO-NGO antarabangsa ( badan 
bukan kerajaan ) terhadap taktik-taktik kotor pemasaran Nestle dan syarikat 
gergasi lain, yang membohongi para pengguna dengan kelebihan susu-susu tepong ( 
baby formula ). Selain daripada iklan-iklan flyer, TV dan Radio, pembohongan 
syarikat-syarikat susu menggunakan petugas kesihatan yang rapat kepada para ibu 
seperti doktor dan bidan. Apabila para ibu menerima sahaja hadiah percuma ( 
free gift ) yang berbentuk sampel produk, maka telah masuklah jarum kotor 
syarikat-syarikat ini. 


KES DI INDONESIA

Di kalangan penduduk Indonesia yang miskin serta tinggal di penempatan 
setinggan, mereka agak payah untuk mendapatkan bekalan air bersih. Mereka tiada 
paip air mahupun tandas di rumah-rumah setinggan yang dibuat dengan zink, papan 
lapis serta plastik . Mereka juga tidak mampu untuk memasak di rumah dengan 
menggunakan dapur gas. Mereka biasanya akan membayar penggunaan tandas dan 
bilik air yang disewakan oleh penduduk yang mempunyainya rumah yang lebih 
sempurna.

Setelah dicanang-canang dengan susu tepong untuk bayi, ibu-ibu miskin ini 
terpengaruh dan membeli juga walaupun kos menelan hampir 25% daripada 
pendapatan bulanan keluarga. Untuk berjimat, ibu-ibu miskin ini akan memberi 
anak-anak minum susu botol dengan keadaan amat cair atau menggunakan air yang 
tidak dimasak.

Akibatnya, anak-anak kecil mereka ini jatuh sakit dengan pencemaran kuman rota 
virus dan sebagainya. Selain dari itu, banyak kematian, penyakit dan tumbesaran 
terbantut berpunca dari kekurangan zat akibat amalan memberi susu tepong.

Keadaan yang sama di atas berlaku di semua penempatan orang-orang miskin di 
seluruh dunia di mana syarikat-syarikat susu asyik membuat pemasaran. Ibu-ibu 
dan anak-anak mereka menjadi sasaran dan mangsa keuntungan yang mahu dikaut 
oleh Nestle dan syarikat-syarikat lain.

Walhal, susu ibu lebih baik lagi untuk anak-anak berumur sehari sehingga 6 
bulan, berbanding susu-susu tepong. Tapi taktik pembohongan syarikat-syarikat 
susu berjaya menipu, malah kini semakin menjadi-jadi. Awas !


KESIMPULAN

1.Tambah ilmu pemakanan seperti yang telah dipesan oleh Rasulullah untuk kita 
ketahui apa yang masuk dalam mulut kerana perut ialah ibu segala penyakit.
2.Jaga kebersihan diri dan keluarga seperti yang telah dipesan Rasulullah 
bahawa menjaga kebersihan ialah sebahagian daripada iman.
3. Susu ibu ialah fitrah dan keajaiban yang dikurniakan Allah untuk semua 
manusia. Bersyukurlah.

4. Jangan mudah percaya dengan iklan dan para penjual produk. Mereka akan mudah 
memanipulasi fikiran kita jika kita tidak mempunyai cukup ilmu. Mereka 
konon-konon kata mahu membantu kita, walhal sebenarnya mahu bantu poket mereka 
sendiri.

 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke