Salam alaik,

Mungkin ramai yang dah tahu betapa kecohnya Eropah sekarang ini mengenai 
skandal produk makanan daging lembu yang tercemar dengan daging Kuda, Babi dan 
Ayam.

Bagi siapa yang tak tahu, ini link yang menunjukkan timeline skandal : 
http://www.guardian.co.uk/world/2013/feb/08/how-horsemeat-scandal-unfolded-timeline

Pencemaran daging Kuda, Babi dan Ayam berlaku pada produk daging lembu dalam 
bentuk Burger, Beef Patty, Daging Cincang dan Frankfurter. Daging Kuda, Babi 
dan Ayam juga mencemari produk Lasagna dan Sos Spagetti. 

Jika para pembaca mengikuti berita-berita dari mula dan membaca artikel 
daripada banyak sumber, maka boleh dkatakan SELURUH negara Eropah, semua JENAMA 
PRODUK TERBESAR, semua PASARAYA terkenal serta juga semua Restoran MAKANAN 
SEGERA terpalit dengan skandal ini. Produk-produk yang dilabel sebagai HALAL di 
Eropah pun terkena tempias. 

Di Afrika Selatan pula ada daging tambahan selain daripada Babi, Kuda dan Ayam, 
iaitu daging Keldai di dalam produk-produk yang dilabel sebagai Lembu.

Ini linknya : 
http://news.yahoo.com/donkey-buffalo-found-south-african-meat-products-140125978.html

Saya teringat kes-kes yang berlaku di Pakistan beberapa tahun dulu di mana 
beberapa pengusaha Burger dan Beef Patty memuatkan bangkai Keldai dan Anjing di 
dalam produk mereka. Beef Patty cukup popular di Restoran-restoran di Pakistan. 
Yang jadi masalahnya di Pakistan, enforcement kebersihan dan halal begitu lemah 
sekali.

Saya juga teringat dengan kes di Malaysia di mana mentega tin dari jenama 
terkenal dicemari dengan lemak babi dan banyak digunakan untuk membuat kek 
lapis.

Oleh kerana kepercayaan dan keyakinan kita yang PENUH pada para pengusaha 
makanan diproses, maka telah berkoyan-koyan benda syubahat dan najis mencemari 
makanan kita. 

Saya juga teringat kepada beberapa Restoran-restoran di beberapa tempat di 
Malaysia kepunyaan kaum Cina yang meletak notis "NO PORK" di luar premis mereka 
untuk menarik pelanggan Muslim. Ini menunjukkan kejahilan mereka yang menyangka 
bahawa AYAM, ITEK, KAMBING atau  LEMBU adalah halal WALAUPUN TIDAK DISEMBELIH 
MENURUT SYARIAT. Dan yang memeranjatkan saya ialah berduyun-duyun keluarga 
Muslim yang dok menelan makanan di situ kerana mereka sangka pengusaha restoran 
kepunyaan kafirin mempunyai Ilmu Syariat Islam yang cukup tinggi. 

PERSOALAN TERJAWAB DENGAN SENDIRI

Maka terjawablah persoalan yang selalu dilemparkan oleh sahabat-sahabat 
pembaca, iaitu " MENGAPA DOA TIDAK MAQBUL ". Apabila makanan tercemar dengan 
najis dan syubahat, maka tiada pandangan rahmat dari langit.

Juga terjawab persoalan lain yang timbul dari pelbagai kes-kes juvana berat di 
Malaysia, iaitu " MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG BEGITU DEGIL dan KERAS HATI ".

"DEGIL" yang datang dari makanan tercemar "MUNGKIN" juga menggelapkan hati 
remaja dan belia sehingga mendorong mereka kepada zina, rogol, rempit, 
homoseks, lesbian, derhaka, murtad, arak, hidu gam dan salahguna dadah.

KESIMPULAN

1. Jangan percaya kepada iklan-iklan dari pengusaha makanan telah diproses dan 
bahan-bahan yang tertera pada label mereka, SELAGI TIDAK TERDAPAT SIJIL HALAL 
JAKIM.

2. Pihak Berwajib, Penguatkuasa dan NGO perlu sentiasa membuat penyelidikan 
yang berterusan terhadap produk yang dijual di Pasaran walaupun telah mendapat 
SIJIL HALAL JAKIM. Mereka dan KITA samasekali tidak boleh leka.

3. Para pengguna perlu kurangkan makanan yang telah diproses bagi mengelak 
daripada tertipu oleh pengusaha makanan yang licik mahupun jahil. Sila ingat, 
kebanyakan pengusaha makanan diproses bukan dari kalangan Muslim, maka 
adakalanya mereka tidak akur kerana kejahilan.

4. Kalau nak makan daging, carilah daging yang rupanya daging dari penjual 
daging Muslim yang berlesen dan diiktiraf.

5. Ketahuilah apa yang masuk dalam mulut kita dan ahli keluarga kita supaya doa 
kita lebih maqbul, hidup barakah dan sihat.
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke