Salam alaik,

Ini berita panas : 
http://news.yahoo.com/gonorrhoea-cases-soar-25-percent-england-superbugs-hold-134347867.html

Peningkatan kuman SUPERBUG GONORRHEA YANG TIADA UBAT telah meningkat 25% di 
England. Pada tahun 2011 aje ada 21,000 kes-kes baru. 30% terkena pada lelaki 
homoseks dan selebihnya pada pasangan lelaki perempuan di situ.


Antara kaum lelaki yang paling banyak berzina ke mana sahaja mereka pergi ke 
serata dunia dan paling rajin mencari-cari pelacur adalah dari UK. Pertuturan 
dan wajah nampak elok aje ...... TAPI .....tabiat cukup mengerikan, iaitu 
menjadi agen penyebar penyakit kelamin.

Kalau tak percaya, lihat siri Video Epidod 1 ini yang fokas kepada umat British 
yang suka ke Thailand. Seramai 1 Juta rakyat British ke sana setiap tahun, 
samada untuk bersuka-ria lalu mendapat jangkitan atau menyebarkannya kepada 
rakyat tempatan.

http://youtu.be/dVryRNY6vrA


Tak perlu lihat episod lain, yang di atas pun dah cukup menjelaskan banyak 
perkara. Ada adegan agak lucah. Jadinya perlu berpada-pada.


Di America pula,  setiap  1 orang wanita dari 5 orang mempunyai penyakit 
kelamin bernama Herpes Simplex ( jenis HSV 1 dan HSV2 ). Dan setiap 1 orang 
dari 9 lelaki mempunyai Herpes. Umur mereka dari lingkungan 14 sehingga 49 
tahun. Sila ke http://www.cdc.gov/std/herpes/stdfact-herpes.htm . Kes-kes baru 
setiap tahun di Amerika ialah hampir 800,000 orang. Inilah "manfaat" dari 
Sexual Revolution, Feminism dan Human Rights yang begitu dibangga-banggakan dan 
dicanang ke seluruh dunia melalui TV.


PENGEKSPORT UTAMA PENYAKIT KELAMIN DI DUNIA

Kaum British dan America ini sangat suka bertukar-tukar pasangan zina. Malahan 
mereka mempunyai forum-forum online yang giat berkongsi pengalaman seks dan 
maklumat-maklumat sarang pelacur lelaki dan perempuan di seluruh dunia 
termasuklah Malaysia. 

Kini semakin ramai rakyat British dan America yang datang ke Malaysia. Minggu 
lepas, saya berjalan-jalan di Bukit Bintang untuk mengambil video suasana. Saya 
lihat semakin banyak bar-bar di sana, yang sangat penuh pula dengan pengunjung 
dari Britain dan America. Tak kurang juga kelihatan mereka bersama-sama 
pasangan rakyat tempatan - India, China dan Melayu.


Mereka pasti akan menyebarkan penyakit kelamin kepada para pelacur dan wanita 
rakyat Malaysia yang gatal-gatal. Manakala pemuda dan pengTUA Malaysia pula 
mungkin akan terjangkit penyakit mereka daripada pelacur-pelacur tersebut yang 
datang dari China, Thailand, Cambodia, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Afrika, 
Iran dan Uzbek. Ada juga rakyat Malaysia yang ke Thailand, Vietnam dan Cambodia 
khusus untuk tujuan seks dengan pelacur, dengan kebarangkalian tinggi telah 
dilanggan rakyat Amerika dan British sebelum ini.


Selain dari super Gonorrhea dan Herpes, sesiapa jua yang suka berzina boleh 
terjangkit dengan HIV, Hepatitis B, Hepatitis C, Syphilis, TB dan HPV ( human 
papilloma virus ) serta kutu ( craps ). Walaupun ada yang berkondom, adegan 
kotor secara oral dan sentuhan kulit boleh menjangkitkan penyakit-penyakit yang 
paling mudah untuk dijangkiti iaitu Hepatitis B, Herpes dan super TB. Hepatitis 
B dan TB boleh dijangkiti dengan peluh, air ludah dan nafas. Kedua-dua ini juga 
yang paling bahaya kepada manusia dan membawa kematian atau kesengsaraan 
berpanjangan.

Kitapun sudah sedia maklum bahawa semakin ramai daripada penuntut Kolej dan 
Universiti serta  pelajar sekolah, telah melacurkan diri untuk hidup yang lebih 
bergaya dan SmartPhone yang mahal-mahal. Tak kurang video-video 3GP online yang 
memperagakan kegiatan seks mereka bersama Pak Arab, Pak Hitam, Korea, China dan 
Omputih. Tak dapatlah saya letak link di sini kerana amat mengaibkan dan amat 
memalukan semua kaum di Malaysia.

KESIMPULAN

Kita perlu perihatin dan mengetahui di mana anak-anak remaja kita di malam 
hari. Mereka perlu berada di rumah sebelum maghrib. Jangan sehingga mereka 
terjebak dengan perkara-perkara yang membawa kesan buruk serta yang membawa 
penyelesalan seumur hidup. 

Berbual dan berbincanglah dengan anak-anak. Jika malu, cuba dapatkan bantuan 
Kementerian Kesihatan atau LPPKN untuk buat program berkelompok di kawasan 
kejiranan masing-masing. Para petugas tidak sombong, malahan amat 
mengalu-alukan keperihatinan penduduk. Mereka juga sangat mahir untuk 
menyampaikan mesej kepada anak-anak dengan cara berkesan.

Larangan Allah dan RasulNya sudah pasti untuk kebaikan manusia sendiri. 

Sesiapa yang berdegil, pasti akan menerima akibat. Siapa yang meremehkan 
aktiviti Amar Makruf Nahi Mungkar pula juga akan terpalit, kerana tempias kaum 
yang degil sedang bergerak laju menuju ahli keluarga mereka. Kaum yang selamat, 
ialah yang ambil nasihat Allah dan Rasulnya iaitu - suka dan giat 
ingat-mengingat antara satu sama lain.

Semoga artikel ini memberi manfaat.

 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke