Salam alaik,

Saya attached sebuah File PDF untuk sahabat-sahabat teliti. Ia menyenarai  TOP 
100 University di dunia. Semuanya negara yang majoriti rakyat kafir.

Malangnya, saya tak nampak Malaysia tersenarai. Tapi menurut Raja Petra di 
dalam Blognya, UKM tersenarai pada nombor 98. Saya puas cari dalam senarai tapi 
masih tak nampak jugak. Link Blognya : 
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/54895-malaysian-universities-not-in-the-times-list-of-worlds-top-400-universities

Masalahnya masih ramai yang mengaku dan perasan bahawa Malaysia ini sebagai 
negara Islam. Main hembus aje sebab minda telah terbantut dek kerana 
berdekad-dekad telah terpedaya dengan kata-kata kaum Politik.

Kalau benarlah Malaysia ni negara Islam, saya ada komen :

=> Maka sepatutnya Umat islam di sinilah yang paling ramai yang berilmu dan 
berkemahiran dalam semua bidang yang bermanfaat.

=> Maka sepatutnya negara yang majoriti Muslim ini lah yang mempunyai paling 
banyak universiti terbaik di dunia.

Tapi perkara-perkara semasa yang sedang berlaku mempaparkan yang SEBALIKNYA.  
Sehingga hari ini, 75% ekonomi berada dalam tangan kafirin, Berjuta Umat Islam 
terpaksa ambil BRIM kerana pendapatan seisi rumah amat rendah. Dan kini buat 
beberapa tahun, TIADA UNIVERSITI di Malaysia dalam senarai TOP 100. Malahan 
tiada dalam Top 400 pun, kalau benar kata Raja Petra. Berbillion-billion 
ringgit telah diberikan dan dibelanjakan untuk mempertingkatkan institusi 
pendidikan, pengajian dan penyelidikan, TAPI APA DAH JADI ?

Amat memalukan kerana perkataan yang paling banyak disebut dalam Al-Quran ialah 
ILMU, selain daripada sebutan Allah. Dan Allah menjanjikan kenaikan darjat 
untuk sesiapapun yang suka kepada ILMU. 

Selagi orang Islam tidak memandang dan tidak membuktikan ILMU sebagai penting, 
selagi itulah mereka akan banyak menghabiskan MASA, TENAGA dan DUIT untuk 
berpolitik, bergaduh, berbunuh-bunuh, rasuah, rasis, merampas dan berpoya-poya. 
Bukti  termaktub di semua negara yang majoritinya Muslim. 


Jelas kita sekadar perasan mulia di sisi Allah tanpa sebarang bukti hasil yang 
nyata lagi zahir. Kita sangka dakwah itu sekadar bercakap, walhal dakwah lebih 
besar dari itu. Hanya sekadar ke hulu ke hilir canang Ayat Quran bagaikan 
burung kakak tua yang kosong daripada kefahaman dan tanpa bukti. Salah faham 
Ayat Quran lebih banyak sehingga bom sana bom sini kononnya atas nama Allah 
sebagai Syahid. Kita juga amat bangga dengan jumlah tinggi kelahiran Umat 
Islam, namun kadar maksiat, jenayah berat dan pembunuhan yang melibatkan Muslim 
juga turut meningkat. 

Yang sebenarnya sikap, pemikiran, kepintaran dan ketekunan kita telah jauh 
tersasar dan lebih mundur daripada orang-orang yang mulia yang pernah hidup 
sebelum kita lagi. Mereka jauh lebih maju dari kita walaupun kita perasan kita 
ni "moden" dan "Negara Islam".

Kita sendiri telahpun mengetahui betapa tingginya ILMU para Sahabat, Tabi'in, 
Tabi-Tabi'in dan ramai saintis dari kalangan Ulama sehinggakan orang Islam maju 
dan dimuliakan di seluruh dunia ketika Dunia Kafir di Eropah dalam kegelapan. 
Malahan ketika itulah paling ramai manusia memeluk agama Islam kerana sebaran 
ILMU dan MANFAATnya sebagai bukti. 

Tanah gersang di Sepanyol pun dapat menjadi dusun-dusun yang hijau dengan 
buah-buahan yang belum pernah ditanam di Eropah sebelumnya seperti Lemon dan 
Oren. Peralatan pembedahan sehingga kini masih menggunakan design dari saintis 
Islam. Periodic Chart Kimia sehingga hari ini masih menggunakan apa yang 
ditulis oleh saintis Islam ( albeit dengan sedikit tambahan penemuan baru abad 
ini ). Penemuan konsep fotografi dan banyak lagi. Dengan ilmu dan ketekunan, 
mereka telah memberi kesan ke seluruh dunia sejak 1,400 lagi. Sistem pengiraan 
geometri dan arkitektur yang membolehkan pembinaan pelbagai bangunan. Banyak 
betul pahala mereka.

Video yang menarik untuk sesiapa yang masih belum kenal betapa hebat dan 
progresifnya Umat Islam di Sepanyol beratus-ratus tahun dulu : 
http://youtu.be/PM8HnvuKbAo

Jika orang Islam mahu maju dunia dan maju akhirat, banyakkan baca Quran dan 
fahamkannya serta amalkan segala perkara yang digalakkan oleh Allah Ta'ala di 
dalamnya. Nescaya diri akan menjadi maju dan mulia serta membawa rahmat manfaat 
ke seluruh pelusuk dunia. Masyarakat dan negara juga akan dapat limpahan 
manfaat dan darjat kemuliaan yang mengatasi negara kafirin.

Mari kita sama-sama berusaha selagi berpeluang kerana kematian tak boleh diteka 
waktunya :

Ada 3 perkara yang sentiasa menambah pahala untuk kita walaupun kita telah 
masuk liang lahad :
1. Keturunan yang soleh
2. Amal Jariah
3.ILMU MANFAAT YANG KITA AJARKAN pada sesiapa, selagi mereka masih AMALKANnya 
untuk dapat manfaat darinya. 

---------------------------------------------------------------------------------


{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com

---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke