Salam alaik,

Sila baca artikel dalam link ini

http://bits.blogs.nytimes.com/2013/03/13/researchers-find-25-countries-using-surveillance-software/


Menurut artikel tersebut, Kerajaan Malaysia dituduh sebagai salahsatu daripada 
25 negara yang membeli dan menggunakan aplikasi risikan terhadap rakyat sendiri.

Betul kah tuduhan itu ? Saya tak tahu. Perkara ini perlu diselidik dengan lebih 
lanjut lagi dan perlu disahkan.

Alasan utama negara pembeli aplikasi risikan itu ialah untuk tujuan merisik dan 
membenteras jenayah. Tapi boleh digunakan dengan mudah untuk tujuan politik dan 
untuk menjahanamkan parti lawan.

Pandangan saya

Penggunaan Facebook dan Twitter oleh pekerja semasa waktu pejabat begitu aktif 
sekali. Checklah masa-masa posting untuk pengesahan. Hal kucing beranak,  
aircond rumah rosak, baru beli setokin kesihatan, kongsi video kelakar, 
harijadi emak, makan ikan bakar, bermadu-kasih dengan Pak Hitam dan jutaan hal 
lagi. Menimbulkan tandatanya pada saya bila masa mereka buat kerja serta kesan 
pada mutu kerja mereka apabila kerja terhenti-henti untuk update dan chat. Ia 
bagaikan ketagihan jenis baru yang patut mendapat rawatan pemulihan.

Bagi saya, aplikasi ini cukup baik untuk kerajaan memantau pengurusan operasi 
semua kementerian dan jabatan-jabatannya supaya para petugas dapat memberi 
khidmat terbaik kepada rakyat untuk JANJI DITEPATI. Patut dipasang pada Network 
Server untuk memantau kerja-kerja para Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah, 
Pengarah Kanan, Pengarah dan Pembantu Pengarah serta semua Setiausaha.

Sangat penting untuk pihak Kerajaan memperbetulkan keadaan petugas-petugas 
mereka terlebih dahulu sebelum cuba merisik rakyat. 

Software risikan jika digunakan pada rakyat, boleh BACKFIRE. Rakyat yang berang 
akan membuat keputusan yang cukup memberi kesan di dalam pilihanraya kelak. 
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke