Salam alaik,

Ada juga Menteri yang bersuara mengenai bahayanya TPPA dari tahun lepas lagi.

Agreement ini sangat bahaya dan akan menyusahkan masyarakat di Malaysia, 
terutama sekali bangsa Melayu dan India. Bangsa Cina pun akan terpalit kerana 
KOS PERUBATAN akan meningkat beratus-ratus kali ganda. 

Sila lihat link ini : 
http://www.twnside.org.sg/title2/FTAs/info.service/2012/fta.info.234.htm

Dari tahun lepas lagi Menteri Kesihatan dah bersuara tapi seolah-olah suara itu 
tenggelam dalam kebingitan kancah politik BN-PR.

Menurut kata pegawai dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia, pagi tadi di Forum 
Negara di Parlimen, Tun Mahathir telah menyuarakan dengan lantang sekali betapa 
bahayanya TPPA, terutama sekali kepada kaum Bumiputera.

MENGAPA MASIH TIADA PENERANGAN LANJUT dan TIADA DEBAT MENGENAI TPPA di MEDIA 
ARUS PERDANA????

Video clip Janji DiTepati selambak-lambak keudara. Hal TPPA yang bakal memberi 
kesan sangat besar kepada masyakat Malaysia, juga memerlukan Air-Time, 
berkali-kali.

RAKYAT PERLU TAHU APA ITU PERJANJIAN TPPA dan KESANNYA KEPADA MEREKA jika MITI 
bersetuju untuk memeterai perjanjian tersebut dengan Amerika dan 9 negara lain. 
Kedengaran kini Jepun dan Korea juga ingin turut serta.

Di bawah ini, saya kepilkan sekali lagi kerisauan saya terhadap TPPA bagi para 
pembaca yang terlepas pandang. Jika sesiapa ingin membidas dengan tujuan 
meredakan kerisauan, saya persilakan. 

---------------------------------------------------------------------------- 
HAL TPPA --------------------------------------------------------

Perjanjian " Trans-Pacific Partnership Agreement " ( TPPA ) mungkin akan 
dimeterai pada October 2013 antara kerajaan Malaysia dan sekumpulan 
negara-negara lain - USA, Canada, Australia, New Zealand, Brunei, Chile, Peru, 
Mexico, Singapore dan Viet Nam. 

Ciri-ciri  TPPA :
1. Semua perbincangan dibuat secara RAHSIA dan semua TEKS perbincangan adalah 
RAHSIA. 
2. Ia akan TERUS MENJADI RAHSIA selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai.

Saya ulangi - kita hanya akan tahu RUPA & BENTUK perjanjian ini hanya selepas 4 
tahun, iaitu dalam tahun 2017 .. WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013.

Aikkk ! Tak pelik ke? Pasal apa pulak nak sembunyi-sembunyi?

Nak buat sesuatu yang SANGAT BESAR KESANNYA pada RAKYAT dan NEGARA, tanpa 
mengambil kira pandangan RAKYAT. 

ADA 3 KESAN BESAR TTPA kepada kita semua, jika dimeterai :

1. Hampir 80% jenis ubat di klinik, farmasi dan hospital akan menjadi mahal, 
sehingga mencecah 1,000% kali ganda harga sekarang . Ini kerana Malaysia tidak 
lagi boleh menggunakan ubat GENERIK. Wajib menggunakan ubat PATENTED ( orginal 
). Rentetannya kos perubatan untuk semua pesakit meningkat dan perlu ditanggung 
oleh pesakit atau subsidi ditanggung kerajaan. Pada masa yang sama, bayaran 
PREMIUM POLISI INSURAN akan juga meningkat. 

2.Peruntukan Copyright kepada BAHAN-BAHAN RUJUKAN akan dilanjutkan dari 50 
tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala 
bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah di-digital-kan, yakni yang 
berada sekolah, universiti, kolej, pusat penyelidikan, Internet dan library, 
akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini bermakna semua bahan rujukan wajib 
dibeli atau wajib dibayar sewa. Penguatkuasaan dan saman akan diperkuatkan. Ini 
akan menghadkan kemudahan ilmu kepada pengguna yang kurang kemampuan. 

3. Semua PELABUR ASING boleh saman KERAJAAN di mahkamah tribunal antarabangsa 
untuk gantirugi jika KERAJAAN mengambil tindakan mengazetkan undang-undang yang 
dilihat mengancam keuntungan mereka. PELABUR ASING juga bebas daripada semua 
bentuk PERUNDANGAN FEDERAL dan NEGERI. Ini termasuklah tindakan-tindakan 
KERAJAAN untuk melindungi kesihatan pengguna, tindakan yang meningkatkan 
kesedaran rakyat terhadap apa-apa jua dan tindakan melindungi alam sekitar. 
Perlu tahu bahawa HAKIM dan PETUGAS Mahkamah Tribunal Antarabangsa plihan TPPA 
adalah daripada kalangan lawyer SEKTOR SWASTA yang pro-investor. 

Contoh saman yang telah berlaku dan dimenangi oleh PELABUR ASING akibat 
perjanjian :
1. Kerajaan Kanada telah mengharamkan penggunaan MMT di dalam semua jenis 
minyak untuk kenderaan kerana bahan yang keluar dari eksos ini akan beredar 
dalam udara ini ditakuti memberi kesan kepada sistem saraf manusia. Syarikat 
Multinasional Amerika ETHYL CORP, selaku pengeluar eksklusif MMT, telah 
menyaman kerajaan Kanada sebanyak C$350juta untuk bakal kerugian. Syarikat ini 
telah menggunakan KLAUSA  ARTIKEL 1110 dalam perjanjian NAFTA di dalam 
tribunal. Akibatnya kerajaan Kanada telah kalah dan membayar out-of-court 
sebanyak C$19.5juta kepada Ethyl Corp dan kerajaan Kanada wajib mengistiharkan 
bahawa MMT selamat untuk alam sekitar dan selamat untuk manusia. Artikel penuh 
: 
http://www.cela.ca/article/international-trade-agreements-commentary/how-canada-became-shill-ethyl-corp

NOTA : MMT ialah octane enhancer untuk minyak kenderaan. MMT telah diharamkan 
di California dan hampir semua wilayah di Pantai Timur Amerika. Hampir 85% 
pengeluar minyak di Amerika enggan menggunakan MMT kerana ada alterntif lebih 
selamat. Namun akibat PERJANJIAN, kerajaan KANADA terpaksa menghalalkannya 
seumur hidup.

2. Kerajaan Ecuador telah disaman sebanyak$US2.4 billion oleh Occidental 
Petroleum ( Oxy - syarikat minyak Amerika ) kerana telah terminate perjanjian 
pengeluaran minyak di kawasan Amazon Ecuador. Dalam kes ini, Oxy telah jelas 
memungkiri perjanjian dengan Kerajaan Ecuador kerana telah menjual sebahagian 
besar sahamnya kepada syarikat Kanada secara diam-diam. Kemungkiran ini menjadi 
jelas setelah diaudit pada tahun 2004, lalu kerajaan Ecuador mengambil tindakan 
untuk terminate perjanjian kerana menjejaskan hasil-mahsul kerajaan. Namun 
begitu, Oxy telah menggunakan perjanjian dua-hala BIT ( US-Ecuador Bilateral 
Investment Treaty ) dan membawa hal ini ke Tribunal Antarabangsa yang jelas 
pro-investor. Artikel penuh : 
http://citizen.typepad.com/eyesontrade/2012/10/tribunal-slams-ecuador-with-largest-investor-state-penalty-ever.html

NOTA : Syarikat Memungkiri Janji + Kerajaan Mengenakan Peruntukan Perjanjian = 
Kerajaan Pula Yang Terpaksa Membayar US$2.4billion kerana Tribunal anggapnya 
sebagai tidak adil. Bagi saya, formula ini cukup merepek kerana seolah-olah 
SYARIKAT PELABUR ASING lebih berkuasa dan meletak kedaulatan sesebuah kerajaan 
ditahap sangat rendah dan hina.

Bahagian  PERJANJIAN TPPA yang berbahaya untuk rakyat Malaysia

Bahagian yang paling berbahaya ialah Investment Chapter, Section B. Semua 
negara terlibat telah bersetuju dengannya tetapi Australia telah MENOLAKnya 
bulat-bulat. Provision ini seolah-olah memberi KEDAULATAN kepada mana-mana 
PELABUR dan SYARIKAT ASING membuat sesuka hati dan bebas daripada sebarang 
perundangan domestik negara yang dilaburnya. 2 contoh telah saya berikan di 
atas di mana PELABUR ASING TETAP menang jika mana-mana negara bertindak dalam 
perundangan domestik untuk menjaga keselamatan pengguna dan keselamatan 
pelaburan kerajaan.

Lihat kebimbangan Australia di sini yang dikeluhkan oleh Fair Trade Network di 
sana : http://www.citizen.org/documents/AFTINET-TPP-letter.pdf

Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan 11 klausa dari Chapter tersebut. Ini 
amat membimbang. Kalau Australia boleh menolak, kenapa kita tak boleh tolak? 
Baca lebih lanjut di sini http://ftamalaysia.org/article.php?aid=292 . 

Lihat sendiri kebimbangan rakyat New Zealand dengan TTPA di sini 
http://www.scoop.co.nz/stories/PO1212/S00273/tppa-will-remove-consumer-rights.htm
 dan mereka sedang menekan kerajaan untuk lebih telus disini 
http://www.itsourfuture.org.nz/what-is-the-tppa/

Hantu paling besar dalam perjanjian TPPA ialah syarikat Farmasi Antarabangsa.

Lihat bagaimana Vietnam terpaksa tukar perundangan mereka kerana TPPA : 
http://www.citizen.org/tppa-vietnam-summary dan akibatnya akan meningkatkan KOS 
PERUBATAN untuk rakyat.

Dan ini ialah Press Release oleh Persatuan-Persatuan Perubatan  dan Kesihatan 
di Malaysia yang menyatakan kebimbangan mereka mengenai TPPA : 
http://www.citizen.org/documents/Joint-Statement-Against-TPPA-Access-to-Medicines.pdf

Pandangan saya

Jangan lalai dan leka dok melayan permainan kaum politik BN dan PR. Sambil kita 
semua sibuk dok bergaduh sesama sendiri pasal politik, negara kita terjual dan 
tergadai oleh mereka.

Dah lah kita terkodong dari Pulau Batu Putih, ini pula meletak risiko TPPA 
terhadap kedaulatan negara dan menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia. 

Rakyat miskin akan jadi semakin miskin, yang kaya akan bertambah-tambah kaya. 
Akibatnya 1% akan mengawal 99% kekayaan Malaysia. Hasilnya kita akan harungi 
kesusahan sepertimana yang diharungi oleh rakyat negara-negara lain.

Sila perihatin terhadap hak generasi akan datang - iaitu anak-anak dan 
cucu-cucu kita. Mereka memerlukan tindakan kita yang waras dan tegas terhadap 
TPPA ini. Mereka akan mengenang usaha kita yang ikhlas dan kita mendapat pahala 
yang berterusan.

Buat permulaan, tingkatkan pengetahuan kita supaya bijak memilih dan membuat 
keputusan. Bacalah link-link yang telah saya unjurkan dalam artikel ini dan 
juga di sini : http://ftamalaysia.org

Semoga pembaca mendapat manfaat dunia dan akhirat. Ambil tindakan yang waras 
dan tegas.
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke