Salam alaik,
Jika anda menggunakan kereta import dari China, sila baca berita ini :
http://shanghaiist.com/2013/03/21/china_made_luxury_car_brands_found_to_contain_carcinogenic_materials.php
Menurut laporan media TV rasmi di China - CCTV baru-baru ini, terdapat ramai
pengguna yang komplen bau tidak enak dan juga sakit-sakit setelah menggunakan
kereta mewah yang dipasang di China. Ini termasuklah kereta Audi, Mercedes dan
BMW.
Untuk mendapatkan keuntungan dengan cara menjimatkan kos, pembuat kereta di
China menggunakan ASPHALT untuk interior kereta mewah tersebut dan menghentikan
penggunaan getah semulajadi dan resin. Menurut TV CCTV lagi, pembuat kereta di
China telah menggunakan ASPHALT sejak 3 tahun lagi.
Asphalt boleh menyebabkan CANCER dan MASALAH PERNAFASAN, selain daripada
Asbestos. Apatah lagi kesan buruknya jika kedua-dua bahan toksik ini
dicampurkan.
Pada bulan Ogos 2012, sebanyak 23,000 buah kereta China yang diexport ke
Australia telah di arah tarik balik dari jalanraya oleh kerajaan Australia. Ini
kerana terdapat Asbestos dalam interior bahan Asphalt. Jenama kereta yang
terlibat ialah Great Wall dan Chery.
Saya ada 2 persoalan :
1. ADAKAH KENDERAAN DI MALAYSIA YANG DI-IMPOT DARI CHINA JUGA MENGGUNAKAN BAHAN
YANG SAMA ?
2. DI MALAYSIA, PIHAK MANAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMPASTIKAN
KESELAMATAN PENGGUNA KERETA DARI BAHAN TOKSIK ?
Harap para pembaca ambil perhatian dan bincangkan.
NOTA :
Sejak beberapa tahun, saya telah berulangkali ke China untuk memenuhi tugasan
sebagai penyelidik pasaran bagi pihak beberapa syarikat Saudi Arabia dan
Malaysia. Untuk menjalankan tugasan dengan baik, salahsatu daripada aktiviti
yang sangat penting ialah sentiasa memantau keadaan - pasaran, sosial, ekonomi,
politik dan hubungan antarabangsa negara itu. Dari sinilah saya banyak
bertembung dengan peluang yang cukup menyeronokkan serta juga beberapa masalah
yang amat menakutkan - termasuklah yang saya utarakan hari ini..
---------------------------------------------------------------------------------
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org
{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com
---------------------------------------------------------------------------------