Salam alaik,

Saya selalu jugak ke Shanghai. Bandar tu sangat kelas dengan makanan halal yang 
lazat-lazat. Tak kurang dari 50 restoran halal jadi pilihan. Saya dah cuba 
dalam 20 buah sebab saya suka makan. Ada sebuah Masjid tua diperbuat dari kayu, 
terasa bagaikan mempunyai rohnya tersendiri. Berseri-seri wajah kaum China 
Muslim yang berumur veteran di situ. Mereka sentiasa sibuk membaca Al-Quran.

Sistem Mass Rapid Transitnya, Shanghai Metro, cukup modern dengan 12 line 
sepanjang 437km yang berhenti di 230 stesen setiap 2 minit untuk mengambil 
penumpang. Setiap tahun sekitar 2.3 billion penumpang menggunakan Metro 
Shanghai. Ada 20 juta penduduk di Shanghai. 


Kalau saya sampai di Shanghai samada di Pudong Airport atau HongQiao Airport, 
saya boleh naik tren Metro terus ke Nanjing Street, City Centre. Ni tempat 
favorite saya. Ada 5 buah restoran Muslim berdekatan dan kalau jalan kaki jauh 
sikit ada banyak lagi. Lagipun kawasan Nanjing Street itu happening - lanskap 
cantik, arkitektur berseni, street performers dan shopping. 

Lagipun, Nanjing Street sangat strategik di mana saya boleh ambil sambungan 
tren Metro ke merata tempat, termasuklah ke lokasi temujanji, destinasi 
pelancongan seperti The Bund atau ke Stesen Shanghai untuk naik Bullet Train ke 
mana-mana. Sebelum pergi meeting, walaupun 200km jauhnya dari Shanghai 
sekalipun, saya boleh congak masa saya dengan mudah dan baik. Berpuluh-puluh 
tren ke setiap bandaraya di sekeliling Shanghai setiap hari. Sistem Tren mereka 
memang kelas !

Secara amnya, Shanghai ialah bandaraya KEWANGAN dan KOMODITI seperti Hong Kong, 
Singapore, London dan New York. Di sekelilingnya pula terdapat 
bandaraya-bandaraya perindustrian yang menjurus kepada Precision Engineering, 
Mesin Pengilangan,  Peralatan Perikanan, Bahan Binaan, Perusahaan Besi, Kayu, 
Plastik dan Makanan. Kalau nak cerita bisnes, jadi panjang lebar dan boring 
pulak.

Siapa yang mudah terasa loya, jangan baca lebih lanjut lagi


Kini saya terpaksa tangguh semua pelan perjalanan ke Shanghai buat beberapa 
minggu sehingga saya berpuas hati dengan laporan keselamatan air untuk mandi, 
dobi, minum dan penyediaan makanan.

Sejak 7 Mac sehingga hari ini, pihak Majlis Bandaraya Shanghai telah mengangkut 
keluar sebanyak 16,000 bangkai babi dari Sungai Huangpu. Sungai ini melalui 
Bandaraya Shanghai dan menjadi salahsatu SUMBER UTAMA AIR PAIP untuk penduduk 
di situ. 

Sumber berita saya ada banyak tapi rasanya yang ini paling komprehensif dalam 
hal ini : 
http://www.guardian.co.uk/world/2013/mar/29/dead-pigs-china-water-supply

Saya tak terperanjat bangkai babi ini akan mencecah sehingga 50 ribu dalam masa 
2 minggu lagi. Menurut data, setiap tahun sekurang-kurangnya 300,000 babi 
peliharaan akan mati dan sebahagiannya akan dibuang secara haram ke dalam 
anak-anak sungai Huangpu dari kawasan Jiapingtang, Jiaxing dan Jingxiang. 
Penguatkuasaan masih lembab dan banyak rasuah.

Tak kiralah apapun jenis bangkai binatang, apabila terlalu banyak yang terapung 
di atas sungai, pasti akan mengundang pelbagai jenis virus dan bakteria yang 
akan merebakkan pelbagai jenis penyakit. Apatah lagi kalau sungai ini menjadi 
sumber air paip. Sesiapa yang sensitif, akan mudah terkena penyakit.

Baru-baru ini AIRASIA telah melancarkan penerbangan terus ke Pudong Shanghai. 
Jadinya ramailah yang berebut-rebut untuk ke Shanghai dengan tambang murah. 
Sebelum ini, penerbangan AIR ASIA hanya terhenti di Hangzhou, yakni bandar 
peranginan bersejarah dalam 200km di selatan Shanghai. Dari Hangzhou, untuk 
meneruskan perjalanan melawat Shanghai, orang Malaysia akan menggunakan khidmat 
bas ekspress, teksi, van dan keretapi. 


Untuk pelancong ke Shanghai ini, saya menasihatkan membeli air BOTOL 
banyak-banyak untuk mandi dan minum. Tapi persoalannya, ADAKAH RESTORAN 
menggunakan air botol untuk memasak dan membancuh kopi atau teh bunga? 

Buat masa sekarang ... pandai-pandai lah.. ye. Atau tunggu sahaja buat 
sementara waktu ini sehingga keadaan lebih mengizinkan.
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke