Salam alaik,

TERMA RUJUKAN => Trans Pacific Partnership Agreement ( TPPA ) = Perjanjian 
Rakanniaga Rentas Pasifik


3 kesan besar dan rentetannya: 
=> Kenaikan Harga Ubat sehingga 1,000% => Kenaikan Kos Perubatan => Kenaikan 
Kos Insuran
=> Kenaikan Kos Bahan Kreatif => Kenaikan Kos Penerbitan dan Penyelidikan =>  
Kenaikan Kos Pendidikan
=> Pelabur Boleh Saman Kerajaan dalam Tribunal jika Pengubalan Undang-Undang 
untuk menjaga hak rakyat menjejas Keuntungan Pelabur => Biasanya Kerajaan akan 
kalah.

Dalam hal TPPA, saya teruskan dengan fakta yang telah berlaku di Persidangan 
Parlimen pada 2-APRIL-2012. Soalan nombor 30 oleh Puan Teresa Kok kepada 
Menteri MITI. 

Soalan 30. PR-1251-L49073 
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN 
INDUSTRI menyatakan pendirian Kementerian terhadap Trans-Pacific Partnership 
Agreement (TPPA) yang akan ditandatangani oleh Malaysia yang membenarkan 
pelabur untuk mendakwa dan menuntut pampasan daripada Kerajaan di tribunal 
antarabangsa. Apakah Kementerian akan membentangkan TPPA untuk dibahas di 
Parlimen dan diumumkan kepada orang ramai sebelum Kerajaan menandatangani 
perjanjian tersebut. 

JAWAPAN MITI
Tuan Yang Di Pertua,

Isu pelaburan masih dirundingkan dalam rundingan Trans-Pacific Partnership 
(TTP) dan Kerajaan sedang membuat pertimbangan secara berhati-hati dalam 
perkara yang dibangkitkan.
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman, peruntukan dalamPerjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade 
Agreement (FTA) dengan izin, yang membenarkan pelabur untuk mendakwa dan 
menuntut pampasan daripada Kerajaan di tribunal antarabangsa tidak seharusnya 
ditolak kerana banyak pelabur di Malaysia juga melabur di luar Negara. Pelabur 
Malaysia ini juga memerlukan keyakinan bahawa pelaburan mereka terjamin dan 
mempunyai saluran untuk menuntut pampasan sekiranya pelaburan mereka terjejas 
akibat tindakan yang diambil oleh kerajaan Negara di mana mereka melabur.
Tuan Yang Di Pertua,
Semua Perjanjian FTA akan dibincangkan dengan stakeholders,dengan izin, dan 
keputusan akhir dibuat oleh Jemaah Menteri. Namun demikian, Kementerian 
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ingin memaklumkan bahawa semua 
pendirian dalam rundingan diambil setelah mengadakan perbincangan dengan semua 
pihak iaitu Kementerian dan Agensi Kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. 
Di samping itu, Kerajaan juga akan memberi penjelasan dari semasa ke semasa di 
Dewan Rakyat dan Dewan Negara semasa soal jawab dan perbahasan lain.
Kesimpulan saya dari jawapan MITI di atas.
TELAH SAH ! Perunding Malaysia telah menerima klausa Investor-State Dispute 
Settlement (ISDS) dalam TPPA, sedangkan Australia menolaknya bulat-bulat. Ini 
kerana Malaysia bimbang pelabur tak mahu melabur tapi Australia pula kata semua 
perjanjian FTA yang lain dah cukup untuk memenuhi keperluan para pelabur. 
Apa masalahnya dengan menerima ISDS dalam perjanjian TPPA? Kerajaan tidak boleh 
menggubal Undang-Undang atau membuat kempen sosial yang boleh menjejaskan 
keuntungan pelabur WALAUPUN penggubalan undang-undang bermaksud baik untuk 
menjamin kesihatan, keselamatan dan hak rakyat. Contoh ialah KEMPEN ANTI 
TEMBAKAU pasti akan disaman. Contoh satu lagi ialah kerajaan tidak boleh 
mengharamkan mana-mana bahan yang dianggap bahaya oleh kerajaan dalam 
pengilangan oleh pelabur asing. Ini akan menjejas keuntungan pelabur, maka 
pelabur boleh menyaman kerajaan.  
Dalam hal ini, jika dikorek lebih dalam lagi, ia mungkin juga akan melibatkan 
memberi pihak pelabur kekebalan ( immunity ) dari mana-mana PERUNDANGAN 
DOMESTIK. Adakah kekebalan ini melibatkan alam sekitar, sosial, sumber manusia 
dan sebagainya?

Ini pula soalan oleh Kulasegaran kepada MITI dan jawapannya oleh MITI pada 
October 24, 2012 :
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/10/24/malaysia-tidak-akan-jadi-jajahan-ekonomi-as-eropah/


Sakit hati kalau baca. 

Ini pula kebimbangan hal TPPA yang disuarakan oleh Dewan Perniagaan Melayu 
Malaysia pada 28-Feb-2013 :
http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130301/ek_02/DPMM-gesa-kerajaan-tangguh-perjanjian-TPPA


Ini pula kebimbangan yang dinyatakan oleh Malaysian AIDS Council pada 
1-OGOS-2012 dalam Radio.
http://bfm.my/current-affairs-010812-fifa-rahman-mac-tppa-medicine-malaysia.html


Ada setengah pembaca artikel saya yang menyatakan keyakinan mereka terhadap 
perunding kerajaan dan begitu yakin bahawa pihak perunding kita akan menjaga 
kepentingan rakyat. Seolah-olah mereka pasti akan menang dalam setiap rundingan.

Itu tanggungjwab mereka..... TAPI ...  TPPA bukan perkara mudah, bukan perkara 
ringan, bukan perkara sembarangan dan bukan perkara kecil. Mereka berhadapan 
dengan buaya-buaya langap yang SANGGUP MEMUSNAHKAN NEGARA LAIN untuk menjaga 
kepentingan sendiri. Tengok saja apa yang mereka dah lakukan pada IRAQ dan 
Afghanistan. Siapa tak akur, mereka lanyak cukup-cukup walaupun habis 
berbilion-bilion duit !

Maka, setakat manakah KEMAMPUAN dan KUALITI PERUNDING KITA apabila berhadapan 
dengan muslihat buaya-buaya dalam meja rundingan? Mereka tersangat-sangat 
berwibawakah? Oleh itu, mereka sewajibnya membentangkan apa yang telah berjaya 
dirunding !


Ini premis fikiran saya dalam hal TPPA :
=> Keyakinan Penuh selayaknya hanya pada Allah dan RasulNya. 
=> Perunding Kerajaan tidak termasuk golongan yang maksum 
=> Saya tak tahu setakat mana kepintaran dan kewibawaan Perunding Kerajaan 
menjaga kepentingan rakyat
=> Oleh itu, Perunding Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan 
takdir anak cucu saya
=> Kerajaan seharusnya TELUS kepada rakyat dalam semua hal yang memberi kesan 
besar.

Saya lebih suka berwaspada kerana " Jangan sangka tiada buaya di dalam air yang 
tenang ."

Bagi mereka yang sangat yakin dengan Perunding Kerajaan, saya hulurkan nasihat  
" Jangan sudah terhantuk baru tengadah ! "

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com
---------------------------------------------------------------------------------

Kirim email ke