Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan kepada perkara
di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MAMPU akan menganjurkan Seminar OSS
Accelerated Adoption Zon Utara pada tarikh dan tempat seperti berikut : 

Tarikh: 21 Julai 2008 (Isnin)
Masa:   8.00 pagi – 5.30 petang
Tempat: Hotel Bayview, Langkawi

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dengan segala hormatnya
dijemput untuk menghadiri persidangan ini bersama-sama pegawai dari
agensi tuan/puan. Tuan/puan juga dibenarkan untuk menghantar lebih
daripada seorang pegawai bersama-sama.  

4. Objektif seminar ini adalah seperti berikut : 

   a) Memperkembangkan pembangunan dan pelaksanaan OSS di Sektor 
      Awam;

   b) Meningkatkan pengetahuan isu-isu perundangan mengenai 
      penggunaan OSS di Sektor Awam;

   c) Memperluaskan kerjasama antara komuniti bisnes, IPTA dan
      sektor awam;

   d) Merangsang dan meningkatkan pertumbuhan industri ICT          
      tempatan;

   e) Menyediakan platform bagi perkongsian ilmu dan pengalaman; 

      dan
 
   f) Mengumumkan produk dan perkhidmatan terkini OSCC.


5. Rangka program adalah seperti di Lampiran A. Pengesahan kehadiran
perlu dilakukan sebelum10 Julai 2008 (Khamis) melalui telefon
03-88882260 atau melalui email kepada [EMAIL PROTECTED]

6. Untuk sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi pegawai seperti
berikut : 

Cik Noor Hasliza Mohd Hassan

Email : [EMAIL PROTECTED] 

No. Telefon : 03-88882260 / 019-9256943

7. Kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima
kasih.




--- 

Join OSCC MAMPU Mailing Lists
http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss


_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-announce

Kirim email ke