Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan kepada perkara
di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MAMPU akan menganjurkan Seminar OSS
Accelerated Adoption Zon Utara pada tarikh dan tempat seperti berikut :
Tarikh: 27 Ogos 2008 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Terengganu
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dengan segala hormatnya
dijemput untuk menghadiri persidangan ini bersama pegawai dari
agensi tuan/puan. Tuan/puan juga dibenarkan untuk menghantar lebih
daripada seorang pegawai.
4. Objektif seminar ini adalah seperti berikut:
a) Memperkembangkan pembangunan dan pelaksanaan OSS di Sektor
Awam;
b) Meningkatkan pengetahuan isu-isu perundangan mengenai
penggunaan OSS di Sektor Awam;
c) Memperluaskan kerjasama di antara komuniti bisnes, IPTA dan
sektor awam;
d) Merangsang dan meningkatkan pertumbuhan industri ICT
tempatan;
e) Menyediakan platform bagi perkongsian ilmu dan pengalaman;
terkini OSCC.
5. Rangka program adalah seperti di Lampiran A. Jemputan sudah dihantar
kepada agensi-agensi Negeri dan Persekutuan Zon Timur (Terengganu,
Kelantan dan Pahang). Sila hubungi SUK masing masing bagi tujuan
penyertaan. Pengesahan kehadiran untuk peserta-peserta dari negeri
selain daripada Pahang, Kelantan dan Terengganu pula perlu dilakukan
sebelum 18 Ogos 2008 (Isnin) melalui telefon 03-8888 2260, faks 03 -
8888 3201 atau melalui email kepada [EMAIL PROTECTED]
6. Untuk sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi pegawai seperti
berikut :
Cik Noor Hasliza Mohd Hassan
Email : [EMAIL PROTECTED]
No. Telefon : 03-88882260 / 019-9256943
7. Kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima
kasih.
--
Best Regards,
Stanly Tan
Open Source Competency Centre Malaysia (OSCC)
Lot E302-E304, Enterprise Building 3,
63000 Cyberjaya, Malaysia.
Tel: 603 83191200 (Office)
Fax: 603 83193206
URL: http://opensource.mampu.gov.my
---
OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release
http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting
---
OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release
http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting
_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List
* To visit MAMPU Opensource on the web, go to:
http://opensource.mampu.gov.my
* To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to:
http://oscc.org.my
* To unsubscribe from this group, please go here:
http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-announce