-----BEGIN PGP SIGNED MESSAGE-----
Hash: SHA1

Kajian Kes OSS untuk Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009

Laman Web
http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/government/panggilan-kajian-kes-oss-2009

OSCC MAMPU membuka kepada penghantaran Kajian Kes “Open Source Software”
(OSS) untuk  Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009. Kajian kes OSS ini
terbuka kepada semua Agensi Sektor Awam termasuk Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik.  Penyampaian anugerah akan diadakan
bersempena dengan “MSC Malaysia Open Source Conference 2009”.

http://www.mscmalaysia.my/osconf

Anugerah dibahagikan kepada 3 kumpulan :-

Kumpulan 1 :  Agensi Sektor Awam selain daripada IPTA dan Politeknik;
Kumpulan 2 : IPTA & Politeknik; dan
Kumpulan 3 : Pelajar IPTA & Politeknik.

Penghantaran kajian kes OSS amat dialu-alukan untuk tujuan perkongsian
ilmu. Diminta agar tidak menyerahkan semula kajian kes OSS yang telah
dibuat pada tahun 2008. Kajian kes OSS terbaik juga layak untuk
Anugerah Kajian Kes OSS Kebangsaan 2009 peringkat akhir yang akan
diadakan bersempena dengan  MyGOSSCON 2009 pada November 2009.

Anugerah kajian kes OSS adalah berdasarkan kategori penyelesaian berikut:

Desktop
Infrastruktur
Applikasi

Desktop

Penyelesaian desktop termasuk applikasi komputer peribadi untuk
meningkatkan produktiviti pengguna. Ini termasuk penggantian desktop OSS
seperti Ubuntu atau Fedora Linux untuk pengguna secara keseluruhan atau
penggunaan  applikasi  produktiviti desktop seperti OpenOffice.org,
Mozilla Thunderbird Mail, Evolution Mail, pelayar web Firefox dan
perisian pengubahan gambar GIMP.

Infrastruktur

Penyelesaian infrastruktur termasuk perkhidmatan perkomputeran yang
merangkumi back-end environment seperti server email, DNS, server web,
firewall, server fail, backup dan lain-lain servis rangkaian.

Applikasi

Penyelesaian applikasi adalah implimentasi penyelesaian khusus atau
bolehubah untuk memenuhi keperluan perniagaan atau operasi seperti
applikasi berasaskan web atau portal yang dibangunkan dan
diimplimentasikan untuk  memenuhi keperluan awam.

Penghantaran

Template

Template untuk penghantaran disediakan. Disarankan bahagian utama
dikekalkan seperti sedia ada, walau bagaimanapun bahagian tambahan boleh
ditambah. Penghantaran dalam Bahasa Malaysia juga diterima dengan syarat
ia mengikut format yang sama.

Bahasa Inggeris adalah digalakkan, oleh kerana kajian kes ini akan
digunakan untuk perkongsian perlaksanaan OSS Malaysia dan dihebahkan
kepada peserta antarabangsa.

Template kajian kes
http://knowledge.oscc.org.my/practice-areas/government/2009-national-oss-case-study-template/at_download/file

Contoh kajian kes
http://www.oscc.org.my/component/option,com_docman/task,doc_download/gid,84/Itemid,29/

Kajian kes tempatan di OSCC MAMPU Knowledge Bank.
http://knowledge.oscc.org.my/case-studies

Tarikh akhir penghantaran

Tarikh akhir penghantaran ialah pada 8 May 2009.

Nota: Peserta akhir akan dapat mengemaskini penghantaran mereka untuk
peringkat akhir Anugerah Kebangsaan pada November 2009.

Pemarkahan untuk  Anugerah

Pemarkahan adalah berdasarkan kepada 4 kriteria dengan markah yang lebih
tinggi adalah lebih baik. Ini dinyatakan secara terus dalam soalan dalam
template kajian kes.

1.Inovasi kriteria ini mengukur inovasi dan kreativiti. Ini termasuk
proses perniagaan, pengurusan pertukaran termasuk implimentasi dan
pembangunan penyelesaian teknikal.

2.Kesan kriteria ini mengukur kesan daripada penyelesaian dari segi
jumlah pengguna, tempatan vs antarabangsa dan juga nilai.

3.Kualiti/Pengiktirafan kriteria ini mengukur kualiti penyelesaian, ini
termasuk pematuhan   kepada standard web, rekabentuk senibina dan juga
pengiktirafan daripada pengguna. Ia juga termasuk sebarang pengiktirafan
projek yang didapati daripada pengguna dan juga anugerah  kerajaan.

4.Perkongsian ilmu/Produk kriteria ini mengukur sebanyak mana
pengetahuan yang agensi ada dihebahkan kepada umum, ini termasuk seminar
dan perbentangan, dokumentasi teknikal dan bukan teknikal(panduan) dan
sebagainya di laman web agensi atau melalui kaedah lain termasuk projek
laman web OSS.

Setiap daripada kriteria di atas bernilai maksimum 5 markah. Sebagai
tambahan, 3 markah bonus akan diberikan jika SEMUA daripada tiga(3)
komponen berikut menggunakan perisian sumber terbuka:

Sistem operasi
Bahasa/rangka kerja dan
Komponen infrastruktur.

Kelayakan

Semua agensi Sektor Awam, IPTA/Polikteknik dan semua pelajar mereka
adalah layak.

Penyerahan Penghantaran

Sila hantar pertanyaan dan kajian kes ke casest...@oscc.org.my . Jika
saiz fail terlalu besar untuk dihantar melalui email, sila sediakan link.

Peserta Akhir Dan Pemenang

Kumpulan 1 – 3 peserta akhir akan dipilih dan dianugerahkan untuk setiap
kategori penyelesaian. Seorang pemenang akan dipilih untuk setiap
kategori daripada peserta akhir.

Kumpulan 2 – 3 peserta akhir akan dipilih dan dianugerahkan untuk semua
kategori penyelesaian. Seorang pemenang akan dipilih untuk semua
kategori penyelesaian daripada peserta akhir.

Kumpulan 3 – 3 peserta akhir akan dipilih dan dianugerahkan untuk semua
kategori penyelesaian. Seorang pemenang akan dipilih untuk semua
kategori penyelesaian daripada peserta akhir.

Ini  menjadikan secara keseluruhan 15 peserta akhir dan 5 orang pemenang.

Semua penghantaran kajian kes akan disusun dan dimuat naik ke laman web
OSCC MAMPU. Kajian kes terpilih juga akan disusun untuk penerbitan.


- --
Harisfazillah Jamel

R&D Team Lead
Open Source Competency Centre (OSCC), MAMPU

Lot E302-E304, Enterprise Building 3,
63000 Cyberjaya, Malaysia.
Tel. 603 83191200, Fax: 603 83193206
Mobile : 019-6085482
email : ha...@oscc.org.my linuxmalay...@gmail.com
http://blog.harisfazillah.info/
-----BEGIN PGP SIGNATURE-----
Version: GnuPG v1.4.9 (GNU/Linux)
Comment: Using GnuPG with Mozilla - http://enigmail.mozdev.org

iEYEARECAAYFAkn1VAsACgkQPZtSnSezLPuF0ACfV1ph0AheIo5QtICMe3u9oYnd
WvkAni8NMvzxhaR/dyhHlp1XBuVmfrC5
=sViw
-----END PGP SIGNATURE-----


--- 

OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release
http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting


_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-announce

OSCC MAMPU Facebook.

http://www.facebook.com/group.php?gid=4999664916

Kirim email ke