Salam sejahtera, Pihak MAMPU akan menganjurkan "Anugerah Kajian Kes OSS" bersempena dengan Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2010 yang dijangka akan dilangsungkan pada 2-3 November 2010.
Tujuan Anugerah Kajian kes OSS ini diadakan adalah untuk Menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman pelaksanaan OSS di agensi Kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan juga merangsang pembangunan dan penggunaan aplikasi perisian sumber terbuka (OSS) di Malaysia bagi menyokong Pelan Induk Kerajaan. Pertandingan ini dikategorikan kepada dua kumpulan : I)Kumpulan 1 : Agensi Sektor Awam II)Kumpulan 2 : Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Justeru itu kami amat berbesar hati jika agensi dan IPTA dapat menyertai pertandingan ini dan menghantar seberapa banyak OSS Case Study berkaitan. Terma & Syarat Pertandingan serta Borang Masuk Pertandingan boleh dimuat turun dari laman web http://www.oscc.org.my/content/view/194/128/. Sila hantar penyertaan Kajian Kes OSS anda sebelum tarikh tutup. Sekiranya fail kajian Kes OSS terlalu besar untuk dihantar melalui emel, sila sediakan pautan bagi fail tersebut. Terima kasih -- Yang benar Stanly Tan Open Source Competency Centre, MAMPU Lot E302-E304, Enterprise Building 3, 63000 Cyberjaya, Malaysia. Tel. 603 83191200, Fax: 603 83193206 URL: http://opensource.mampu.gov.my -- This message has been scanned for viruses and dangerous content by MailScanner, and is believed to be clean. _______________________________________________ OSCC Knowledge Bank Mailing List * To visit MAMPU Opensource on the web, go to: http://opensource.mampu.gov.my * To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: http://www.oscc.org.my * To unsubscribe from this group, please go here: http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-announce OSCC MAMPU Facebook. http://www.facebook.com/group.php?gid=4999664916 http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214 OSCC MAMPU Google Friend Connect http://www.oscc.org.my/friendconnect.html Online Archive http://groups.google.com.my/group/oscc-announce

