YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.  Adalah dimaklumkan bahawa pihak MAMPU akan menganjurkan "36-Hour Open 
Source Web Application Development Contest" bersempena dengan Malaysian 
Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2010.  Pertandingan ini 
telah didaftarkan dengan The Malaysia Book Of Records untuk mencatat rekod 
sebagai “The Longest OSS Programming Event”. 

3.  Tujuan "36-Hour Open Source Web Application Development Contest" ini untuk 
mengalakkan peningkatan kemahiran pengaturcaraan, kreativiti dan inovasi serta 
mempercepatkan pertumbuhan komuniti penbangun OSS tempatan. Dengan ini adalah 
dijangka dapat membesarkan kumpulan kemahiran kritikal dan kepakaran untuk 
transforamasi negara. Pertandingan ini terbuka kepada semua Warganegara 
Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan dikategorikan kepada tiga kategori:-

    i)  Kategori 1 : Agensi Sektor Awam
    ii) Kategori 2 : Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
    iii)Kategori 3 : Terbuka

4.  Sehubungan itu, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan dari 
agensi YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan, dengan 
menghantar seberapa banyak penyertaan untuk pertandingan ini.  Borang 
Pertandingan boleh dimuat turun dari laman web di 
http://mygosscon.oscc.org.my/2010/36webdev.  Pemenang dan finalis akan diberi 
sijil penyertaan dan hadiah wang tunai sehingga sebanyak RM10,000 yang akan 
disampaikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri semasa Persidangan MyGOSSCON 
2010 pada 2 November 2010.

5.  Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan 
selewat-lewatnya pada 6 September 2010 melalui emel mygoss...@oscc.org.my atau 
fax ke nombor 03-83193206. 15 pasukan yang disenarai pendek akan bertanding 
pada 6-8 October 2010.

6.  Sokongan dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Dato' 
Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

ANANTHI SANDRAKANTHAM
Seksyen Open Source dan Open Standard Sektor Awam,
Bahagian Dasar Dan Perancnagan ICT
b.p. Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
03-887 25088





-- 
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss

http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214

"OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce 
OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. 

The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings 
strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."

Kirim email ke