Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dipanjangkan untuk pandangan dan penyertaan semua.
Wassalam. :) ---------- Forwarded message ---------- From: Mohamad Imran <imtym....@gmail.com> Date: 2010/12/31 Subject: [osdcmy-public] Sekitar Perkembangan KOSTEM To: osdcmy-l...@googlegroups.com Assalamualaikum & salam sejahtera. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini sedang rancak perbincangan mengenai penubuhan Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM). Kita telahpun mempunyai nama rasmi (seperti diberitahu), motto (Kebebasan. Keterbukaan. Komuniti.), logo yang direka oleh Tuan ApOgEE (http://bit.ly/hMTz07), serta domain. Semua yang disebut -- kecuali logo -- telah dipilih melalui undian ke atas cadangan-cadangan yang diberi kurang lebih sebulan setengah perbincangan di milis KOSTEM. Masuk tahun 2011, akan bermula perbincangan -- yang saya kira kedua kritikal selepas pembentukan organisasi -- mengenai aktiviti dan perniagaan yang akan dilakukan oleh Koperasi setelah penubuhan rasminya. Aktiviti/Perniagaan juga telahpun disenaraikan, dan sebaik sahaja 2011 tiba, akan dibincangkan secara kritikal tentang cadangan-cadangan yang diberi, iaitu mahu menentukan tempoh masa dan hal-hal berkaitan setiap yang dicadangkan. Maaf, segala idea baru berkenaan aktiviti/perniagaan tidak akan dilayan/ditangguhkan dahulu, rasionalnya supaya tidak mengganggu apa-apa yang telah dipersetujui serta fokus terhadap idea sebelum. Namun sekiranya idea itu dilihat relevan dan punya alasan yang kukuh untuk dimasukkan, tiada masalah untuk dikemukakan. Jadi, saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan (serta cik mek molek) agar menyertai kami di milis KOSTEM; brainstorming tentang idea-idea berkenaan aktiviti/perniagaan serta berbincang apa-apa sahaja mengikut thread yang telah disediakan (atau sekiranya mahu membuka thread baru, silakan). Juga saudara Syazwan telah mengaktifkan laman wiki untuk berkongsi idea dan pandangan. Semoga penubuhan KOSTEM menjadi realiti dan menjadi sejarah terhadap pembangunan FLOSS di Malaysia. Pautan: Mailing List (Google Groups): http://bit.ly/KOSTEM Laman Sesawang Rasmi (buat masa ini laman ini dijadikan wiki bagi memudahkan segala hasil  perbincangan dikumpul): http://wiki.kostem.my Terima kasih. -- Aku Tetap Aku™ http://maklan.blogspot.com/ https://launchpad.net/~maklanx http://www.facebook.com/mohamadimranishak -- To unsubscribe from and detail about this group http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information -- This message has been scanned for viruses and dangerous content by MailScanner, and is believed to be clean. _______________________________________________ OSCC Knowledge Bank Mailing List * To visit MAMPU Opensource on the web, go to: http://opensource.mampu.gov.my * To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: http://www.oscc.org.my * To unsubscribe from this group, please go here: http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214 "OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."