Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Komuniti OSS perlu wujud dikalangan kakitangan kerajaan dalam
menjayakan OSS dalam kerajaan Malaysia.

Kita sedia maklum sedia wujud perkembangan Open source software (OSS)
yang positif dalam kerajaan kita. Ia usaha pihak kerajaan sendiri
dalam menjayakannya. Kewujudan polisi sumber terbuka itu sendiri dan
pelaksanaan projek OSCC MAMPU adalah bukti usaha kerajaan.

Perkembangan ini boleh dipantaskan lagi dengan melaksanakan cara OSS
itu sendiri berkembang. OSS wujud kerana komuniti. Usaha kerajaan
perlu diperkukuhkan lagi agar OSS dalam kerajaan Malaysia dapat
bergerak dengan sendiri dan mampu berdikari.

Dengan wujudnya komuniti OSS dikalangan pegawai-pegawai kerajaan,
diharapkan dengan komuniti ini akan sedia wujud kerja sama antara
agensi-agensi kerajaan dalam memberikan sokongan dan bertukar ilmu dan
pengetahuan. Tidak lagi perlu risau, hilangnya kepakaran apabila
pegawai bertukar ke agensi lain, kerana masalah masih boleh
dikongsikan dalam komuniti.

Komuniti boleh wujud dalam bentuk maya. Dalam forum dan senarai email
yang bersesuaian. OSCC MAMPU boleh mainkan peranan dalam menyediakan
kemudahan ini.

Komuniti ini perlu wujud dalam minat yang tersendiri. Jangan bataskan
ia dengan agensi-agensi. Luaskan ia dengan minat. Sebagai contoh,
wujudnya komuniti yang minat kepada Ubuntu atau Python. Komuniti ini
juga boleh berkerjasama dengan komuniti OSS yang sedia wujud diluar
kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Harisfazillah Jamel

-- 
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss

http://www.facebook.com/pages/Cyberjaya-Malaysia/OSCC-MAMPU/66729159214

"OSCC Discuss Mailing Lists is intended to solely promote, discuss and announce 
OSS related topics and promotion of non-OSS matters is strictly prohibited. 

The implementation of the Malaysian Public Sector OSS Master Plan brings 
strategic, technological, economical and social benefits to Malaysia."

Kirim email ke