Assalamu'alaikum

OSDC.my bercadang untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama anak
yatim pada 16 Sep 2009.

Kami juga ingin mengambil kesempatan itu untuk memberi taklimat mengenai
peluang kerjaya sebagai OSS developer.

Untuk sebab itu kami sangat2 perlukan seorang OSS user atau developer yg
juga anak yatim atau pernah menetap di rumah anak yatim.

Kita perlu fahami bahawa anak di rumah anak yatim ini diberi sehingga umur
18 tahun sahaja di rumah anak yatim. Selepas itu mereka perlu berdikari.
Oleh sebab itu, insentif utama bagi mereka ialah survival kerana tiada harta
dan tiada 'FAMA' (father and mother association) untuk membantu mereka.

Hasilnya pendidikan mereka hanya ke tahap sekolah menengah dan tidak mampu
untuk ke universiti atau politeknik atau kolej (siapa yg mampu untuk menjadi
penjamin atau membayar balik pinjaman PTPL ?) . Jadi tiada insentif untuk
mendapat keputusan akademik yg baik. Dan akhirnya mereka mengharapkan kerja2
bawahan dan buruh (kalau tidak terjebak dalam jenayah).

Jadi saya mengharapkan kepada anda untuk cuba hubungi mana2 OSS / IT user
atau developer yg juga anak yatim (optional pernah tinggal di rumah anak
yatim). Semasa kita hidup ini bukan senang kita berpeluang untuk bantu anak
yatim - bila kita dah mati dah tak boleh tolong sesiapa pun dan hanya amalan
semasa hidup sahaja yg boleh membantu.

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to
[email protected]
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke