Salam sejahtera semua. Program Penguin Masuk Kampung akan diadakan pada 17 - 18 Oktober 2009 di Balai Raya Kg. Gadong, Kota, Rembau, Negeri Sembilan. Program ini adalah kempen kesedaran dan promosi FOSS di Malaysia oleh OSDC.my. Tarikh ini dicadangkan untuk mengambil kesempatan daripada kehadiran pengunjung yang dijangkakan hampir 10K orang (setakat yang diberitahu oleh Ketua Kampung) bersempena Majlis Sambutan Hari Raya ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Saya ingin menjemput wakil2 OSDC.my yang berkelapangan untuk hadir memeriahkan program ini. Booth pameran FOSS akan disediakan oleh pihak penganjur (pihak JKKK). Kita diberi kebenaran untuk menjalan aktiviti seperti install fest dan perkara ini sudah dihebohkan kepada pihak JKKK. Antara aktiviti2 yang dicadangkan pada 17/10/2009, adalah: 1. Siang hari, riadhah OSDC.my - bersantai di Gunung Datuk (mandi air terjun) 2. Malam hari, Kenduri Penguin - gotong royong bersama org2 kampung utk majlis esok harinya. Penginapan disediakan: 1. Villa Anak Yatim Ulu Gadong (ditaja oleh Jemaah Pengurus Kebajikan Anak2 Yatim/Miskin Ulu Gadong) 2. Homestay2 terdekat (tidak ditaja pihak berkenaan) Penyertaan adalah dibuka kepada semua yg berminat. Reply aja kat post ni kalau berminat. Kalau ramai sgt yang nak sertai, akan disediakan borang. Terima kasih. -- Shukri Jahari Ulu Gadong Project http://ulugadong.org http://identi.ca/jshukri --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/ Facebook Fan page http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577 http://www.facebook.com/OSDC.my You received this message because you are subscribed to the Google Groups "OSDC.my Mailing List" group. To post to this group, send email to [email protected] To unsubscribe from this group, send email to [email protected] For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

