Muhd Syazwan Md Khusaini wrote: > too bad..I'm still at no.8 > just hacking around with other code and make it more miserable Sebenarnya dalam sesebuah bazaar atau komuniti atas talian kita bisa mengumpul hacker yang terbaik di dunia. Saya kenal 2 org hacker satu dari Finland dan satu dari Iran. Timo Kontro adalah dari Finland bekas polis militiar dan hidup tanpa kerja kerana sistem sokongan sosial di Eropah dimana rakyat yang tak berkerja diberikan setahun duit sara hidup. Dia duduk hacking kita punya ADempiere dan asyik kutuk kod kita sehingga berlaku perang dunia pe1 di bazaar kita.
Namun dia sumbangkan Virtual Machine yang pertama bagi kita dan saya pun anugerahnya pingat kebesaran Ruiz Medal yang kedua. Kerana kagum dengan orang jenis ini saya telah pinta tuan rumah di Berlin supaya berikan dia penginapan bersama dengan saya bilik sebelah menyebelah. Dapat saya sembang lama dan saksikan cara dia buat kerja. Menarik dan saya boleh tulis perangai hacker dalam buku DBP yang akan datang nanti "Budaya Pengodam". Tetapi yang benar-benar hack kita bukanlah dia tetapi yang dari Iran iaitu Bahman. Dia dapat masuk sistem Compiere (ayah kami dan semestinya semua anak-anaknya termasuk kami) dan keluarkan laman yang mengandungi password, hanya dengan seutas URL code shj. Saya ada gunakan skripnya dan dapat mengodam Compiere untuk snapshot bukti dan menulis kepada Compiere supaya ikut kami tampal kebocoran itu. Satu hari sekiranya anda terbukti diri sebagai hacker dan pembuat filem komuniti bolehlah kita round Eropah bikin filem hacker dan temuduga mereka ini. red1 --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/ Facebook Fan page http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577 http://www.facebook.com/OSDC.my You received this message because you are subscribed to the Google Groups "OSDC.my Mailing List" group. To post to this group, send email to [email protected] To unsubscribe from this group, send email to [email protected] For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

