Baru tadi saya selesai menghadiri forum anjuran MDec bersama FOSSmy dimana beberapa tokoh dunia seperti Brian Aker dan David Axmark (rakan pereka MySQL). Setelah mendedahkan soal budaya yang sama dirasai oleh mereka walaupun di Eropah, dimana mereka sendiri tidak ada sokongan melainkan PC sendiri dan hari kelapangan hujung minggu. David mengambil masa 5 tahun lamanya sebelum negaranya sendiri iaitu Sweden menyiarkan tentang MySQL. Itupun setelah ia jadi masyur di Amerika Syarikat.
David mengesahkan bahawa pernah beberapa kali mereka menolak soal perniagaan kerana ingin fokus pada MySQL. Pakar perniagaan sering menganggu mereka dengan tawaran yang mereka tidak mempersetujui. Orang bisnes juga turut tidak memahami mengapa pereka ini tidak mahu berniaga lebih komersil. Lihatlah semangat mereka yang tidak putus asa dengan sumber terbuka. Itulah rahsia kejayaan mereka. Dalam forum tadi, beberapa pegawai MDec mengenali saya dan bersetuju ingin menyokong apa jua permohonan saya untuk mendapat dana dari sana. Saya dengan rendah diri menolak pelawaan tersebut. Saya meminta mereka supaya fikirkanlah rakan-rakan dan adik-adik lain di sini. Saya sudah tidak perlu pertolongan mereka kerana ingin membuktikan keihklasan permintaan mudah ini. Saya hanya mahu perjuangkan mereka ini yang belum kecewa. Hukum-hakam dan perundangan dalam borang meminta dana hendaklah dikaji semula dan diperbaiki. Justru itu soal mengaitkan sesuatu usaha innovasi dengan berkesanan projek dan keuntungan komersil hendaklah dipisahkan. Innovasi adalah innovasi. Tidak ada kait mengait dengan soal komersil. Sekurang-kurangnya belum lagi. Lihatlah Harvard dan sejarahnya selama 300 tahun yang bermula dengan 11 pelajar dan seorang pensyarah. Mereka mencari ilmu dan mencipta ilmu baru, bukan produk dan soal keuntungan. Lihatlah Universiti Princeton yang menjemput Albert Einstein untuk datang dan duduk sahaja tanpa mengajar. Mengapa? Kita di sini tidak akan mencapai tahap kejayaan mereka. Bukan kita tidak ada cerdik pandai malah cukup banyak saya jumpa. Tetapi mereka ditakut2kan dengan istilah bombastik yang tidak perlu. Mereka dizalimi sebenarnya. Siapa yang rugi? Kita adalah rakyat yang berhak untuk mengajukan pandangan yang bernas demi negara tersayang kita. Saya juga meminta pegawai MDec untuk menjemput pihak OSDC.my supaya berdialog secara terus-terang tanpa pra-sangka. Kosongkanlah minda bahawa OSDC.my yang perlu wang seolah pengemis di negara sendiri. Kita bukan pengemis. Kita adalah modal insan dan pembawa generasi masa depan negara. Sekian dengan ikhlas dari saya, red1 --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/ Facebook Fan page http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577 http://www.facebook.com/OSDC.my You received this message because you are subscribed to the Google Groups "OSDC.my Mailing List" group. To post to this group, send email to [email protected] To unsubscribe from this group, send email to [email protected] For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

