Dalam http://red1.org/MSC8.pdf saya menyatakan dalam Michael Porter's 5 
Forces diagram pada mukasurat 2 dimana cabaran pertandingan dengan 
dunia, MSC tengah kalah, dan harapan atau peluangnya saya telah memberi 
contoh projek dari kebun di Kuang sebagai berjaya meraut kedudukan 
pertama dalam dunia.

Maksud 'perang jenama' adalah penting untuk difahami sebagai satu perang 
saraf peringkat antarabangsa. Dalam buku 'Positioning - The Battle of 
the Mind' tulisan guru marketing Al Ries dan Jack Trout ada mengambarkan 
bahawa realiti adalah bergantung kepada persepsi atau imej.

Dalam perang jenama dengan dunia, YAB Tun Dr. Mahathir dengan memahami 
konsep tersebut, berjaya meletakkan persepsi terhadap Malaysia sebagai 
sebuah pencabar utama dunia satu ketika dahulu. Mengapa kini imej 
tersebut payah dipertahankan? Apakah sudah berubah kebolehan rakyatnya? 
Jawapannya ialah tidak. Kami masih belum berubah sebagai pencabar 
gergasi dunia. Lihatlah pada tokoh seperti Jimmy Choo, Nichols David, 
Michele Yeoh dan pembuat thumb-drive. Apa yang berubah adalah perang 
saraf persepsi.

Sebagai contoh, semasa zaman Pak Lah, beliau gagal menonjolkan imej 
sepatutnya dan walaupun beliau seorang yang cukup baik, namun persepsi 
umum terhadapnya menjatuhkannya. Begitu juga mengenai MSC, saya percaya 
pencapaian MSC cukup tinggi. Lihatlah kad pengenalan bercip dan passport 
automatik kita yang tidak ada tandingan lain di dunia? Tetapi apakah 
dunia sedar tentang itu?

Apabila saya berjalan masuk ke pekarangan MDec, saya tidak dapat merasa 
imej tersebut dari papan-papan iklan dan ayat-ayat yang terpampar kiri, 
kanan dan atas dinding. Jika saya berjalan masuk Universiti Lim Kok 
Wing, saya dapat rasa kebijaksanaan LKW dalam mempertonjolkan tempatnya 
sebagai tokoh besar dunia, walaupun saya tidak percaya kepada Lim Kok 
Wing secara peribadi dan tidak ingin membantunya. Saya percaya kepada 
jenama Malaysia dan ingin membantu Malaysia.

Hakikatnya kita nombor 1. Tetapi kita gagal menjual diri kita kepada 
dunia. Sudah sampai masanya kita sedar tentang betapa pentingnya 
memahami teori menaikkan jenama yang sebenarnya dan mengorak langkah ke 
arah itu. Saya syorkan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut 
supaya Google atau Wikipedia untuk 'Al Ries' and 'Jack Trout'.

red1

 

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to
[email protected]
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke