Salam dan Salam Tahun Baru 2010M/1431H Email ni cuma nak buka cadangan saja. Jadi saya mengharap komen dan cadangan dari semua penerima thread ni.
Rasanya ni idea tahun baru rasanya. Baru beberapa jam tadi saya habis baca majalah Full Circle #32 (boleh rujuk link disini <http://fullcirclemagazine.org/issue-32/>). Jadi saya terfikir semula mana hilangnya E-Maj yang pernah popular satu ketika dahulu. Biasalah, kalau sorang je yang buat kadang-kadang susah nak maintain. Jadi ini idea saya - buat satu majalah Sumber Terbuka untuk peminat OSS di Malaysia. Saya bukan maksudkan sekadar E-Maj yang berbentuk digital sahaja, tapi buat sebagai majalah berjilid - ada keluaran, ikut tempoh tertentu dan artikel tentang review software, komen dan kolum-kolum informasi sekitar aktiviti OSS dalam Malaysia, dan dibuat secara UMUM - tak kesahlah anda ni nak menulis pasal Ubuntu, Firefox, Songketmail, ADempiere, Python, Java, HowTo, dll, asalkan ia adalah OSS. Ada beberapa perkara yang saya sudah tetapkan seperti:- 1. *Artikel* - *sesiapa bebas menghantar karya masing-masing* tetapi haruslah menepati garis panduan standard penulisan. Pengarang juga mungkin berpeluang mendapat token/royarti. artikel juga akan dipilih mengikut kesesuaian keluaran, fakta menarik dan sebagainya. 2. *Harga majalah* - harga juga akan ditetapkan selepas saya kau tim dengan orang cetak dan buat anggaran. harga termasuk dengan kos penghantaran (seperti biasa, harga berbeza untuk pembaca semenanjung dan sabah/sarawak). 3. *Stratergi jualan* - jualan akan dilakukan *secara online* dan dijual *mengikut bilangan pesanan*. sebarang pujuk memujuk/rayu merayu sebab tak dapat tidak dilayan kalau korang tak buat pesanan. 4. *Kolum penulis* - macam mana-mana majalah, ada la penulis tetap dalam kolum masing-masing. jadi saya buka 3 kolum penulisan persendirian, satu untuk *Redhuan D. Oon* dan satu untuk *Linux Malaysia*. Satu lagi, siapa-siapa ada cadangan atau rasa dia nak kolum sendiri tu, sila emailkan nama orang itu dan sebab "kenapa perlu dia dapat kolum sendiri" ke [email protected]. setiap penulis dapat hak 1 muka penuh untuk artikel mereka masing-masing. Berikut beberapa perkara yang saya minta pandangan ramai:- 1.*Tajuk majalah* : sila cadangkan :) 2. *Bahasa Pilihan* : selepas bertanya dengan beberapa individu, saya cadang menggunakan *sepenuhnya Bahasa Melayu* kerana l*ambakan majalah jenis sama dalam Bahasa Inggeris di pasaran*. Sila bangkang jika perlu. 3. *Editorial* : ada yang berminat nak jadi orang belakang tadbir? (T&A applied :p) 4. *Iklan* : perlu atau tidak? 5. *Bilangan muka surat* : 30 muka boleh? atau lebih? Itu saja yang ada dalam kepala sekarang. Minta maaf kalau email ini panjang sangat atau sukar untuk difahamkan. Harap dapat respon dari anda :) -- Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/ Facebook Fan page http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577 http://www.facebook.com/OSDC.my You received this message because you are subscribed to the Google Groups "OSDC.my Mailing List" group. To post to this group, send email to [email protected] To unsubscribe from this group, send email to [email protected] For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

