Sdr Haris dan J/K Penaja OSDC.my
Dengan kenyataan terbaru saudara tadi, menunjukkan kepenatan yang teramat untuk bergerak. Sekali lagi saya ingin membangkitkan soal pendaftaran persatuan ini kerana kononnya dengan kejayaan OSDC.my diiktiraf sebagai sebuah persatuan yang sah akan membolehkan ia menerima dana sokongan daripada MDeC.

Dengan keadaan yang sebegini hampa, nampaknya kemungkinan itu semakin jauh. Saya cukup tertunggu-tunggu pendaftaran tersebut kerana memang banyak isu yang saya ingin bangkitkan menerusi wadah OSDC.my secara sah, bernas dan rasmi. Antara lain, saya masih tertanya-tanya tentang kenyataan rasmi MDeC tahun lepas mengenai peruntukan RM10 juta bagi sumber terbuka. Jawapan yang saya terima hanyalah tohmahan dan kritikan yang tidak bersasas dengan menggunakan nama MDeC. Saya merasakan nama baik dan perjuangan murni rakan-rakan termasuk saya sendiri harus dipertahankan dan diteruskan dengan natijah kesudahan yang baik.

Saya percaya banyak perkara kita sama boleh laksanakan tetapi tidak perlulah saya memperjelaskan satu-persatu. Cukuplah setakat ini saya menyatakan bahawa pendafataran OSDC.my yang dikatakan disokong oleh MDeC telah menemui jalan buntu.

Saya merasakan telah tiba masanya kita teruskan perjuangan secara berpersatuan yang sah dari segi undang-undang untuk membangkitkan isu-isu berkaitan dan dasar-dasar kerajaan terhadap penggunaan sumber terbuka serta potensinya untuk menjimatkan berbillion dollar secara tahunan.

Apa pendapat anda semua jikalau kita menubuhkan sebuah pertubuhan yang lain yang bebas dan tidak terkongkong dengan MDeC atau mana-mana institusi negara yang lain kerana jelas ia sebenarnya membantutkan pergerakan kita?

Yang Berjuang
Redhuan D. Oon

--
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/
 
Facebook Fan page
 
http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577
 
http://www.facebook.com/OSDC.my
 
You received this message because you are subscribed to the Google
 
Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to
[email protected]
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

Kirim email ke