Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya banyak berdiam diri kerana merasakan perkara tentang komuniti OSS
sudah jadi pada bahu saya sepenuhnya ketika ini.

Ianya beban yang saya tidak pasti lagi sebelum ini perlu saya galas
atau tidak. Saya tunggu dan tunggu dan tunggu hingga MOSC2010 selesai.

Saya faham, ramai yang bermula dari awal dan kemudian tinggal beberapa
sahaja pada hari ini dan rasanya macam hendak kena tinggal seorang.

Masalah kita bukan soal kita ada dikongkong oleh MDeC atau sesiapa.
Masalah pada saya sekarang adalah siapa yang sanggup bersengkang mata
dengan saya untuk jalankan pelbagai kerja-kerja remeh administration.
Pada prinsip saya tidak boleh buat waktu kerja dan saya percaya ramai
juga ada kekangan begitu. Jawab email ini pun kerana perlu jawab
dengan segera.

Tidak perlu saya ceritakan disini, susahnya hendak dapatkan
"commitment" untuk perkara sebegini daripada komuniti. Dan saya tidak
salahkan sesiapa pun. Hal-hal sukarela ini jika tidak mahu, maka kita
tidak boleh paksa. Masing-masing ada periuk nasi perlu disi...

Menjelang 2011 MDeC tidak lagi terlibat secara terus dengan OSS
community. Sekarang bergantung kepada kita, mereka telah berikan
peluang untuk promosi, besarkan hubungan dan pelbagai kemudahan.
Selepas ini tiada lagi semua itu ....

Fazli, Rizal, Hidzuan and Yun telah jalankan kerja dengan baik
walaupun dengan pelbagai cabaran sepanjang MOSC2010. Pengalaman mereka
luas dan sepatutnya digunakan oleh kita sebagai komuniti untuk bantu
kita dalam pentadbiran kelab...

Dalam hal organisasi kita boleh pilih hendak cara Apache Foundation
(companies involved), Cara linux kernel (Linus kepala besar lain buat
kerja masing-masing dan dia buat final call) atau cara FreeBSD
(perlukan sokongan penuh semua)...

Dalam senarai perlu buat ini banyak hendak perlu buat. pendaftaran
sebenarnya perlukan sepenuh masa kakitangan. Jika perlu seorang pun
jadilah. Mengharapkan kita yang sukarela ini payah juga. Rasanya
persatuan lain pun upah orang buatkan. Sudah setahun saya kejar sana
kejar sini maka saya perlu buat apa yang perlu saya buat.

Take full control of this ...

Jika dalam list ini setuju kita perlu upah orang hendak membuatnya dan
buat pejabat sementara untuk mudahkan kerja-kerja maka saya boleh
proceed....

Jika hendak juga saya buat secara sukarela BOLEH... tapi sila bagi
kesungguhan penuh... Jangan bagi saya terkontang kanting seorang....
Anyone ?????


2010/10/4 red1 <[email protected]>:
> Sdr Haris dan J/K Penaja OSDC.my
> Dengan kenyataan terbaru saudara tadi, menunjukkan kepenatan yang teramat
> untuk bergerak. Sekali lagi saya ingin membangkitkan soal pendaftaran
> persatuan ini kerana kononnya dengan kejayaan OSDC.my diiktiraf sebagai
> sebuah persatuan yang sah akan membolehkan ia menerima dana sokongan
> daripada MDeC.
>
> Dengan keadaan yang sebegini hampa, nampaknya kemungkinan itu semakin jauh.
> Saya cukup tertunggu-tunggu pendaftaran tersebut kerana memang banyak isu
> yang saya ingin bangkitkan menerusi wadah OSDC.my secara sah, bernas dan
> rasmi. Antara lain, saya masih tertanya-tanya tentang kenyataan rasmi MDeC
> tahun lepas mengenai peruntukan RM10 juta bagi sumber terbuka. Jawapan yang
> saya terima hanyalah tohmahan dan kritikan yang tidak bersasas dengan
> menggunakan nama MDeC. Saya merasakan nama baik dan perjuangan murni
> rakan-rakan termasuk saya sendiri harus dipertahankan dan diteruskan dengan
> natijah kesudahan yang baik.
>
> Saya percaya banyak perkara kita sama boleh laksanakan tetapi tidak perlulah
> saya memperjelaskan satu-persatu. Cukuplah setakat ini saya menyatakan
> bahawa pendafataran OSDC.my yang dikatakan disokong oleh MDeC telah menemui
> jalan buntu.
>
> Saya merasakan telah tiba masanya kita teruskan perjuangan secara
> berpersatuan yang sah dari segi undang-undang untuk membangkitkan isu-isu
> berkaitan dan dasar-dasar kerajaan terhadap penggunaan sumber terbuka serta
> potensinya untuk menjimatkan berbillion dollar secara tahunan.
>
> Apa pendapat anda semua jikalau kita menubuhkan sebuah pertubuhan yang lain
> yang bebas dan tidak terkongkong dengan MDeC atau mana-mana institusi negara
> yang lain kerana jelas ia sebenarnya membantutkan pergerakan kita?
>
> Yang Berjuang
> Redhuan D. Oon

-- 
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to
[email protected]
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

Kirim email ke