@Tuan Zayn: Terima kasih di atas maklumat tuan @Tuan Sharuzzaman: Perkara ini ada sedikit sudah dibincangkan dalam mailing list osdc yang bertajuk "osdc.my master plan".
*post pertama yang saya kemukakan ialah* > > Salam... Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah di atas MOSC 2010. Setelah membaca mailing list osdc.my, saya tergerak untuk memikirkan cara-cara untuk membantu komuniti terutama dari segi kewangan. Jadi saya mencadangkan agar kite menubuhkan koperasi OSDC.my (atau nama yang lain) supaya komuniti-komuniti OSS di Malaysia dapat bergiat dengan lebih aktif lagi dengan kewujudan koperasi ini. Selain itu, Cik Najah sangat arif di dalam bidang ini. Jika tak silap saya, untuk menubuhkan koperasi perlukan minimum 50 orang. sekiranya setiap ahli menyumbang RM 20, jadi modal permulaan untuk koperasi adalah RM1000.00. Untuk permulaan saya rasa kita boleh mengadakan bengkel-bengkel OSS seperti yang telah dilakukan saudara Hidzwan (e1) yang sering mendapat sambutan. Untung bersih (setelah tolak kos upah dan sebagainya) kita boleh masukkan ke dalam akaun koperasi. Selain bengkel, kita juga boleh buat jualan-jualan seperti yang dilakukan oleh rakan Jom Linux (Digide Technology Enterprise) yang menjual CD Ubuntu dan aksesori-aksesori yang berkaitan dengan OSS. Ini juga dapat memudahkan dan menggalakkan pengguna linux untuk mempromosikan OSS lagi. Oleh itu, saya perlukan pendapat kalian untuk meneruskan projek ini. *Antara kelebihan sekiranya koperasi ini diwujudkan berdasarkan perbincangan di dalam email tersebut ialah:* Oleh Tuan Raja Iskandar Shah: 1) perbezaan : persatuan is non-profit, koperasi ialah for profit. terdapat beberapa koperasi yg mana profit digunakan untuk menaja pelajaran bagi ahli / anak ahli. juga terdapat koperasi yg menjalankan bisnis pendidikan / kolej sekiranya kita bernaung di bawah angkasa, then kita juga boleh ada skim bagi kakitangan kerajaan, selain swasta. kalau tak silap saya koperasi juga boleh berdaftar dgn kementerian kewangan - bermaksud koperasi boleh participate dalam sebutharga / tender ;-) 2) but as far as i know there has not been any cooperative solely for oss development in the world, maybe because not many people understand what is a cooperative imho, the cooperative model is the most suitable for the oss community - because members are free to come and go, and yet we can still do business. compared to sdn bhd shareholding is limited, society is non-profit cannot do govt tenders, foundation is even worse ! Daripada Tuan Mustakim Ahmad: Salam. Saya dah mendengar taklimat daripada ANGKASA pada bulan mei lalu. > Daftar koperasi dengan ANGKASA, akan dapat inisiatif RM3000 terus. Tapi, > make sure, koperasi tu berdaftar. Dan orang yang menguruskan dan ahli > lembaga koperasi berhak mendapat elaun bagi tugas-tugas yang dijalankan. > Pergi dengar taklimat koeprasi ANGKASA peringkat kebangsaan hari itu pun > dapat elaun RM300 makan minum percuma, berak cangkung. Saya akan cuba menjawab persoalan tuan: > 1. apa tujuan penubuhan koperasi ni? > Tujuan utama penubuhan ini (dari segi perspektif saya) ialah untuk meningkatkan ekonomi dan kebajikan bagi setiap ahli koperasi yang terdiri daripada penggiat OSS di Malaysia. Seperti yang telah diterangkan oleh Tuan Raja, Koperasi boleh berdaftar dengan kementerian kewangan. Selain itu, sekiranya projek ini berjaya, kita akan dapat mengumpul dana untuk kebaikan pergerakan OSS di Malaysia tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Inilah kebebasan sebenar. Mungkin di suatu tahap nanti koperasi boleh memberikan pinjaman atau geran untuk melahirkan world class developer di Malaysia. 2. apa perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang koperasi ni? > *Jangka pendek * dapat modal semula dan keuntungan yang boleh dibanggakan. *Jangka sederhana * memberikan pendapatan pasif kepada ahli dan mempunyai dana yang boleh dilaburkan dan membantu aktiviti pembangunan OSS di Malaysia *Jangka panjang* menjaga kebajikan ahli dan menjalankan bisnes pendidikan (kolej) 3. kemana pelaburan ahli akan digunakan? > sudah dijawab dalam soalan di atas > 4. kalau RM 20 x 100 orang ahli, baru RM 2000. apa yang koperasi ni > boleh buat dengan modal RM 2000? > Boleh refer di atas sekali. Walaubagaimanapun, jawapan ini adalah jawapan peribadi saya, *segala perancangan adalah melibatkan semua ahli* kerana ini adalah perniagaan bersama. -- Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/ Facebook Fan page http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577 http://www.facebook.com/OSDC.my You received this message because you are subscribed to the Google Groups "OSDC.my Mailing List" group. To post to this group, send email to [email protected] To unsubscribe from this group, send email to [email protected] For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

