Macm mana nak tau nak kita dah masuk ke belum. rasanya saya dah
daftar..

On Oct 16, 2:06 am, Mohd Kamal Bin Mustafa <[email protected]> wrote:
> 2010/10/15 lutfi raffi <[email protected]>:> update terbaru: setakat ni 
> sudah ada 33 orang yang setuju dan mendaftar...
>
> Sekadar mengingatkan, cabaran pertama dan sebenar dalam penubuhan
> koperasi adalah mesyuarat agung pertama utk pemilihan ALP dan juga
> pembentukan undang2 kecil koperasi. Mungkin ada yang belum perasan
> tapi pertama sekali anda perlu HADIR pada hari tersebut. Korum tak
> cukup atau sebarang masalah berlaku pada hari pemilihan tersebut,
> penubuhan tak dapat diteruskan. Saya pernah terlibat dalam 2 penubuhan
> koperasi sebelum ini. Koperasi pertama berjaya ditubuhkan tanpa
> sebarang masalah kerana dari segi ahli kami telah bersedia dengan
> sekali ganda daripada jumlah korum minima. Jadi walaupun ramai yang
> bagi nama tak hadir pada hari mesyuarat pertama, ia masih dapat
> diteruskan. Dari segi pemilihan ALP juga berlansung tanpa sebarang
> masalah.
>
> Biasanya dalam pembentukan ALP, jawatankuasa penganjur dah ada
> nama-nama yang mereka ingin cadangkan memegang jawatan tersebut dan
> mesyuarat cuma utk 'endorse' nama-nama tersebut. Tapi dalam penubuhan
> koperasi kedua, jawatankuasa penganjur mungkin tak terangkan dengan
> jelas kepada bakal-bakal ahli, mungkin sekadar jemput mereka hadir
> mesyuarat tanpa bagitahu apa tujuan sebenarnya. Kecoh pada hari
> mesyuarat apabila pemilihan dijalankan, ada yang hadir mempersoalkan
> kenapa nama-nama yang dicadangkan sebagai ALP mereka tidak kenal dan
> langsung tidak tahu menahu.
>
> Pada masa itu, sebelum rombakan kabinet dan masih lagi Kementerian
> Pembangunan Usahawan dan Koperasi, ramai yang teruja nak tubuhkan
> koperasi utk dapatkan dana khas koperasi yang dikatakan berjumlah
> sehingga RM1 juta.

-- 
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to
[email protected]
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

Kirim email ke