Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih atas kemas kini. Harap rakan-rakan OSS semua dapat turut
serta sertai perbincangan mereka.

Tanpa komuniti siapalah kita ...

2010/12/31 Mohamad Imran <[email protected]>:
> Assalamualaikum & salam sejahtera.
> Untuk pengetahuan semua, sekarang ini sedang rancak perbincangan mengenai
> penubuhan Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM). Kita telahpun
> mempunyai nama rasmi (seperti diberitahu), motto (Kebebasan. Keterbukaan.
> Komuniti.), logo yang direka oleh Tuan ApOgEE (http://bit.ly/hMTz07), serta
> domain. Semua yang disebut -- kecuali logo -- telah dipilih melalui undian
> ke atas cadangan-cadangan yang diberi kurang lebih sebulan setengah
> perbincangan di milis KOSTEM.
> Masuk tahun 2011, akan bermula perbincangan -- yang saya kira kedua kritikal
> selepas pembentukan organisasi -- mengenai aktiviti dan perniagaan yang akan
> dilakukan oleh Koperasi setelah penubuhan rasminya. Aktiviti/Perniagaan juga
> telahpun disenaraikan, dan sebaik sahaja 2011 tiba, akan dibincangkan secara
> kritikal tentang cadangan-cadangan yang diberi, iaitu mahu menentukan tempoh
> masa dan hal-hal berkaitan setiap yang dicadangkan. Maaf, segala idea baru
> berkenaan aktiviti/perniagaan tidak akan dilayan/ditangguhkan dahulu,
> rasionalnya supaya tidak mengganggu apa-apa yang telah dipersetujui serta
> fokus terhadap idea sebelum. Namun sekiranya idea itu dilihat relevan dan
> punya alasan yang kukuh untuk dimasukkan, tiada masalah untuk dikemukakan.
> Jadi, saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan (serta cik mek molek) agar
> menyertai kami di milis KOSTEM; brainstorming tentang idea-idea berkenaan
> aktiviti/perniagaan serta berbincang apa-apa sahaja mengikut thread yang
> telah disediakan (atau sekiranya mahu membuka thread baru, silakan). Juga
> saudara Syazwan telah mengaktifkan laman wiki untuk berkongsi idea dan
> pandangan.
> Semoga penubuhan KOSTEM menjadi realiti dan menjadi sejarah terhadap
> pembangunan FLOSS di Malaysia.
> Pautan:
>
> Mailing List (Google Groups): http://bit.ly/KOSTEM
> Laman Sesawang Rasmi (buat masa ini laman ini dijadikan wiki bagi memudahkan
> segala hasil  perbincangan dikumpul): http://wiki.kostem.my
>
> Terima kasih.
> --
> Aku Tetap Aku™
> http://maklan.blogspot.com/
> https://launchpad.net/~maklanx
> http://www.facebook.com/mohamadimranishak

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

Kirim email ke