Bapak aku cakap, kalau nak jual barang kasi orang beli, bagi free dulu. Nanti dia beli la tu. Teknik ni macam stail 'tokan' sikit tapi tak salah kan?

Sekadar cadangan untuk geng My1OS.

On 02/28/2011 01:24 PM, Soire Meira wrote:
sama le kite.. he3 (^_^)v
bgus jgk cadangan tulis2 tu..
apa kata klu kita buat kelas trus.. lg best kn.. pggil semua dtg, bagi penerangan then ajaq serta di akhiri perbincangan. lbh mesra gitu!

2011/2/28 <[email protected] <mailto:[email protected]>>

    Cheers

    Sent via BlackBerryŽ 9700

    ------------------------------------------------------------------------
    *From: * ApOgEE <[email protected] <mailto:[email protected]>>
    *Sender: * [email protected]
    <mailto:[email protected]>
    *Date: *Mon, 28 Feb 2011 13:08:48 +0800
    *To: *<[email protected]
    <mailto:[email protected]>>
    *ReplyTo: * [email protected]
    <mailto:[email protected]>
    *Subject: *Re: [osdcmy] Re: My1OS sapu duit gomen

    OFF TOPIC...

    Mulanya, aku malas nak campur apa kau orang bebel-bebelkan kat
    sini...
    Namun, makin lama aku tengok, dah makin menjadi-jadi la pulak...
    rileks la kawan-kawan.
    Tolong berhemah dan tak perlulah nak mulakan flame-war kat sini...
    Lama-lama nanti orang naik menyampah...

    Kalau kita nak berniaga, kena peribadi baik, hati baik, mulut
    baik... barulah ramai pelanggan nak tengok barang kita...
    Kalau kita nak berkawan, juga kena peribadi baik, hati baik, mulut
    baik... barulah ramai orang nak kawan dengan kita...

    Memang benar "jangan menilai buku berdasarkan kulitnya sahaja"...
    tapi hakikatnya, memang orang menilai buku dari kulitnya...
    Kalau kita mulut busuk, suka sindir, caci, hina orang lain,
    lama-kelamaan orang lain yang takde kena mengena pun jadi
    tak suka kita pada pandangan pertama...

    Aku fikir, ada lebih baik kita beri nasihat dengan cara lebih
    berhemah dan tidak menuding secara terus kepada sesuatu pihak.
    Misalnya, jika kita lihat beberapa orang dikalangan kita kurang
    pengetahuan berkaitan GNU/GPL, maka kita tulislah artikel
    pasal GNU/GPL mengikut pengetahuan kita, dalam bahasa kita... Jika
    kita lihat ada dikalangan kita yang tak tahu pasal repository, kita
    tulislah artikel pasal repository... Jika kita lihat ada
    dikalangan kita yang tak tahu pasal
    dpkg/apt-get/yum/rpm/pkgtool/pkg_add, kita
    tulislah artikel pasal perkara tersebut... Jika kita lihat ada
    dikalangan kita tak tahu pasal perkara yang kita tahu, tulislah
    sahaja
    artikel korang, kongsikannya dalam mailing list ini ... kami
    sangat mengalu-alukannya... kalau ianya tak menjadi ilmu
    pada pihak yang kita sasarkan, mungkin ianya jadi ilmu pada pihak
    lain yang lebih memerlukan.

    Nak jual distro ke, astro ke, bistro ke, kenalah tunjukkan atau
    buktikan barang yang kita nak jual tu sesuatu yang baik dan berfaedah
    kepada pembeli... oleh itu, kita bolehlah tulis sedikit sebanyak
    perihal barang yang kita nak jual dan jawab dengan baik kemusykilan
    bakal pembeli... baru mereka tak salah faham

    Nak sebarkan khabar orang menyapu ke, melompat ke, meniarap ke,
    tolonglah pastikan khabar itu benar dan sebaiknya tidak
    menyakiti hati mana-mana pihak yang sensitif dengan isu tersebut.
    Bayangkan jika ada orang tuduh kita secara melulu dengan
    tuduhan yang tidak benar dan menyakitkan hati, adakah kita senang
    hati?... begitu juga mereka yang dituduh tu, mereka juga ada hati
    dan perasaan...

    Akhir kata, aku ni bukan siapa-siapa pun kat mailing list ni. Aku
    hanyalah salah seorang pembaca tegar mailing list ini. Aku tak memihak
    kepada sesiapa yang mungkin kelihatan bertelagah disini. Hanya
    berpesan-pesan untuk renungan kawan-kawan yang dihormati sekalian.

    Sekian, terima kasih



--
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert

Kirim email ke