Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sebentar tadi baru saya terfikir, sedang kita minta mana-mana Distros untuk release source codes mereka, kita sebenarnya meminta yang sememang telah disebarkan oleh setiap projek dan perisian OSS yang dalam Distros.
Sebagai contoh :- 1) Apabila sesebuah Distros mengatakan mereka base on Linux, maka dengan sendirinya kita boleh dapatkan source codes Kernel Linux dan apa jua yang digunakan oleh Distro tersebut terus daripada projek websites. Kita hanya perlu tahu apa yang mereka gunakan dan thats it. Source codes sememang ada dimana. Soalan saya, kepada pengguna Linux Distro seperti Debian, Ubuntu, OpenSuse dan Fedora, siapa yang config repos atau yum atau apt untuk download source codes RPM atau DEB. Saya pun tak mahu sebab terlalu besar.... 2) Jika ada customization atau sebarang trademark dimasukkan dalam hasil Distro maka ia adalah hak punya pembuatnya dan pemilik trademark. Sebagai contoh, jika kita ambil CD ubuntu dan keluarkan semua dalam CD tersebut apa jua trademark Ubuntu, dan sebarkan semula sebagai CD Linux, maka kita tidak salah.. Sebab isi perut CD adalah perisian OSS. Kita telah keluarkan perkara yang Canonical akan marah, perkataan dan logo Ubuntu. Begitu juga dalam kes Centos. Semua trademark dan copyright dan apa jua software bukan OSS telah dikeluarkan dan disebarkan semula sebagai Centos. Red Hat tidak bising pun... Malah secara tidak rasmi membantu pihak komuniti Centos untuk kenal pasti mana Red Hat yang punya dan diminta dikeluarkan. Jadi soalan saya, jika saya ambil asal dulu CD ubuntu yang dah jadi CD Linux kemudian saya customize dan masukkan logo dan apa jua nama saya dan namakan Distro LinuxMalaysia, adakah saya salah? 3) Apa juga perisian yang dibuat sendiri pembangun adalah hak mereka. Sekiranya mereka putuskan apa yang mereka tulis dan compile adalah copyright mereka dan source codes hak mereka, maka itu hak mereka. Jika mereka sebarkan dalam CD Linux distros pun, kita masih tiada hak untuk menuntut mereka perlu tunjukkan source codes. Perisian tertutup yang dijalankan atas Linux yang sumber terbuka tiada kaitan apa pun dari segi lesen. Lesen anda adalah lesen anda dan lesen saya adalah lesen saya. Yang terdekat adalah Googlebuntu. Banyak lagi saya nak tulis tapi sudah jauh malam dan mengantuk, saya biarkan ini dulu untuk perbincangan. Wassalam. Harisfazillah Jamel -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert