Assalamualaikum.....kawan2.. saya minta maaf...tidak menghadiri perjumpaan tersebut. saya berada di penang, ketika itu.
saya berminat menjadi ahli kostem. bagaimana ye...hendak mendaftar? On Mar 23, 10:56 am, Harisfazillah Jamel <[email protected]> wrote: > Assalamualaikum dan salam sejahtera, > > Hari ini saya menerima khabar dari seorang rakan kita. Dugaan hidupnya > banyak, hilang kerja dan hilang segalanya. Ini bukan pertama kali saya > mendengar cerita sedih begini. > > Ada rakan-rakan kita yang berhutang bank, makmal latihan tidak berjaya > :( ada yang berhutang kerana modal pusingan, dan bayaran yang terima > lambat, ada yang tidak dapat bekerja kerana tidak sihat, dan pelbagai > lagi. > > Satu masa dahulu saya wujudkan network hubungan antara freelancers OSS > yang kami namakan MOSCA. Malaysia Open Source Software Consultant > Alliance (MOSCA) yang bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan hubungan > bagi mencari rezeki sesama OSS freelancers. Yang paling utama menjadi > badan bertindak kepada mana-mana pihak yang tidak membuat bayaran > kepada freelancers. > > Kemudian dengan wujudkanya OSDC.my dan semakin rapat kita dalam > komuniti OSS, ianyanya dianggap mencapai matlamat dan matlamat diatas > dikongsi dalam OSDC.my dan komuniti OSS. > > Saya melihat KOSTEM adalah untuk kebajikan kita semua terutamanya > mereka yang mencari sumber rezeki melalui freelancing. Mana-mana > koperasi yang diwujudkan adalah untuk kebajikan ahli. Kemudahan yang > disediakan adalah untuk membantu ahli dalam menjayakan pelbagai > perkara. Antara contoh :- > > 1) Diskaun bagi perkakasan dan perkhidmatan sesama ahli koperasi > > 2) Kelas dan latihan kepimpinan, perniagaan, motivasi dan kepakaran > tertentu dengan harga patut kepada ahli. > > 3) Kemudahan pinjaman untuk perkakasan, jika koperasi lain sediakan > kemudahan pinjaman kenderaan, kita mungkin untuk perkakasan komputer. > > 4) Pinjaman pelajaran untuk persijilan khas seperti RHCE dan LPI > > 5) Sumbangan dan kemudahan waktu bencana atau musibah untuk ahli-ahli > seperti khairat kematian dan sakit kritikal. > > 6) Kerja sama untuk mewujudkan Insuran dan takaful dengan syarikat > Insuran dan takaful. Didapati ramai freelancers tidak ada kemudahan > ini > > Contoh-contoh diatas memerlukan KOSTEM terlibat dalam perniagaan untuk > mengumpul dana. Saham dan yuran ahli tidak cukup untuk rancangan > diatas. Namun dengan koperasi adalah untuk kebajikan Semua, padangan > saya, KOSTEM perlu memikirkan cara ajar KOSTEM tidak menjadi saingan > kepada perniagaan ahli-ahli. Ia boleh menyebabkan pilihan KOSTEM > terhad. > > Catatan saya ini hanya garapan untuk renungan kita semua. Tanpa > penglibatan dan penyertaan aktif kita, apa jua yang dirancangkan oleh > kita tidak boleh berjaya. Kita ini tidak ramai, hanya kita sahaja yang > boleh tentukan masa depan komuniti OSS adalah kita. > > Bagi yang berminat untuk koperasi sila sertai senarai email KOSTEM di > > https://groups.google.com/d/topic/koperasi-oss > > Satu perjumpaan rasmi akan diadakan pada 26 Mar 2011 di HackerspaceKL > 2ptg hingga selesai. Perbincangan ini perlu bagi mewujudkan momentum > untuk langkah seterusnya. > > Maklumat perjumpaan di Wiki > KOSTEM:http://wiki.kostem.my/index.php/Mesyuarat_dan_Perjumpaan(tidak dapat > diakses sementara, wiki sedang dipindahkan) > > Lokasi HSKL: > > HackerspaceKL > > 21B, Jalan SS21/1A, > Damansara Utama, > 47400 Petaling Jaya, > Selangor, Malaysia > > 3.13622,101.621046 > > Cari Paparich ... Sesat telepon saya 019-6085482 dan Fazli Azran > > http://www.hackerspace.my/location(perjumpaan ini diadakan selepas > Bengkel inter-distro yang diadakan sebelum itu. Lanjut di > > http://bit.ly/eQ45z2&http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=203868826305228 > > Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM) > > Kebebasan. Keterbukaan. Komuniti. -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information MOSC2011 http://fb.me/mosc2011 and http://portal.mosc.my/

