Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM) semakin hampir bagi proses
pendaftaran. Dijangka borang permohonan akan dihantar seawal-awalnya bulan
Julai ini. Namun kami masih tidak mencapai sasaran ahli pengasas iaitu 200
orang. Ya, telah melepasi 50 orang. Tapi berdasarkan maklumat terkini yang
diperolehi, pihak SKM memaklumkan bahawa keanggotaan boleh melangkaui
negeri. Maknanya, KOSTEM akan beroperasi seluruh Malaysia kelak.

Produk pertama KOSTEM, iaitu majalah Kod Sumber dijangka akan diterbitkan
pada bulan November. Kami juga masih mencari mereka yang bersemangat dan
mempunyai kepakaran dalam area FLOSS untuk bersama-sama menjadi salah
seorang daripada Pasukan Pelaksana Projek.

Anda boleh mengisi borang pendaftaran dengan mengklik pautan berikut:
http://bit.ly/ewSQp5

Maklumat berkenaan majalah, boleh didapati di wiki:
http://bit.ly/majKS

Untuk maklumat lanjut berkaitan KOSTEM, sila lawati Wiki KOSTEM (
http://bit.ly/wiktem) atau sertai perbincangan di milis (
http://bit.ly/KOSTEM).

Kami juga akan turut serta dalam MOSC2011 dan akan membicarakan berkenaan
'Cooperative Model : Another Way Making Profit From Open Source':
http://bit.ly/iYw0HF

Terima kasih.

Mohamad Imran Ishak
Setiausaha AJP KOSTEM

-- 
Aku Tetap Aku™
http://maklan.blogspot.com/
https://launchpad.net/~maklanx
http://www.facebook.com/mohamadimranishak

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

Malaysia Open Source Conference 2011
MOSC2011 http://blog.mosc.my/ and http://www.mosc.my/

Milking the Cloud Competition for MOSC2011

http://www.mosc.my/articles/item/7-milking-the-cloud-competition-for-mosc2011

Kirim email ke