Antara lain, dalam hubungan saya dengan tokoh2 politik berkenaan <nama tidak disiarkan tetapi dalam perbualan saya akan sebutkan> tidak dapat fokus kepada perkara lain dari yang mereka tengah pening <faham2 je lah> dan banyak lagi kisah, hanya sesuai untuk cerita kat kedai mamak.
Walau macamanapun asal mereka dah bayar tempat perjumpaan hari itu dengan makan minum sekali. Jarang dapat macam itu.

Mohon maaf kerana saya gagal teruskan agenda tersebut.

Wallahu Aklam.
waslaam Ramadhan wa Eidil Fitri Mubarak

On 8/12/12 3:23 AM, Mohamad Imran Ishak wrote:
Ada perkembangan terbaru berkenaan Persatuan Sistem Bebas dan Sumber Terbuka Malaysia?

Pada Jumaat, 13 April 2012 8:46:54 pg UTC+8, red1 menulis:
Penyataan akbar bersama  Malaysia Social Media Foundation (MSMF) - Persatuan Sistem Bebas dan Sumber Terbuka Malaysia (PSBSTM)

Bertempat di Bilik Bunga Kenanga, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada April 11, 2012, satu mesyuarat telah menetapkan beberapa resolusi untuk pertimbangan sewajar oleh Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi (MOSTI), Kerajaan Malaysia.

MSMF telah menganjurkan satu mesyuarat penubuhan NGO baru, Persatuan Sistem Bebas dan Sumber Terbuka Malaysia (PSBSTM) yang dalam proses pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan.

Mesyuarat telah menjalankan satu debat mengenai Akta BCPM di mana 12 ahli menolak sama sekali, 11 ahli ingin ia dirombak dan tiada ahli yang menyokong Akta tersebut dalam bentuk sedia ada.

MSMF dan PSBSTM bersama menggesa kerajaan menimbang semula Akta tersebut yang bakal dikemukakan di Parlimen supaya diberi kajian yang lebih mendalam dengan mengambil kira pihak-pihak yang menjadi sasaran Akta berkenaan iaitu golongan pelajar ICT, golongan pekerja ICT dan golongan usahawan ICT.

Kami merasakan bahawa Akta yang dicadang itu menumbulkan pelbagai persoalan dikalangan kita pengamal ICT negara terutamanya yang mendokong perisian bebas dan sumber terbuka.

Walaupun Akta tersebut mempunyai niat yang baik iaitu mempertingkatkan mutu nilai perlaksanaan projek ICT di negara ini kepada tahap mutu dunia, kami merasakan cara dan kaedah yang terkandung dalam Akta tersebut adalah tidak jelas, mungkin berat sebelah kepada pandangan satu pihak sahaja dan masih kabur.

Beberapa butiran dalam Akta tersebut menimbulkan soalan berikut:

1. Apakah rang undang-undang ini bersamaan dengan apa yang diketahui umum sebagai '
Professional Technologists Bill'?

2. Apakah
perisian bebas dan sumber terbuka serta produk atau projek berkaitan dengannya tertakluk dan bagaimana ianya tertakluk dalam Akta tersebut?

3. Apakah pengamal
perisian bebas dan sumber terbuka terlibat sama dan bagaimana mereka akan didaftarkan sepertimana yang dianjurkan dalam Akta berkenaan?

4. Bagaimana tentang projek
perisian bebas dan sumber terbuka luar negara? Apakah cara lesen bebas, anggota pembangun perisian dan kerja mereka jatuh di bawah kawalan Akta?

5. Bolehkah dipastikan yang Akta ini dikemukakan tanpa dikawal oleh mana-mana satu pihak sahaja?

6. Bolehkah dipastikan yang proses pendaftaran para pakar ICT dan pensijilan atau piawaian setaraf dengan peringkat dan cita-rasa dunia dengan cara telus dan tidak berat sebelah?

Kami juga ingin menggesa MOSTI supaya menimbangkan peranan MNCC sebagai badan pilhan kami untuk menjalankan urusan proses pendaftraan dan piawaian tersebut. Kami akan mengadakan perbincangan seterusnya dengan MNCC secara teknikal bagi mencapai maksud tersebut. Kami berharap MOSTI akan mengadakan lebih banyak perbincangan secara teknikal dengan kami bagi mencari satu jalan penyelesaian yang manasabah dan menyakinkan.

Sekian terima kasih,
Yang Berkhidmat
Redhuan D. Oon
(Presiden MSMF)
bagi pihak mesyuarat

salinan kepada Zam (s/u kerja) dan Dato' Radzi Abdul Latif (pengerusi MSMF)



Press Statement
April 11, 2012
Bilik Bunga Kenanga, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

An NGO formation meeting conducted today 11th April, 2012, at Bilik Bunga Kenanga, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, by Malaysia Social Media Foundation (MSMF) and Persatuan Sistem Bebas dan Sumber Terbuka Malaysia (PSBSTM) (registration pending), hereby held a debate over the proposed Computing Professional Bill (CPB) where 12 members voted against the Bill, 11 voted for a review, while none voted in support of the Bill.

MSMF and PSBSTM jointly urge the government to reconsider the proposed tabling of the Bill until a more thorough study is conducted with the stakeholders that the Bill affects.

We feel that the proposed Bill raise a lot of questions and concerns among us ICT practitioners & Technologist particularly from the Free and Open Source Software sector.

Even though the proposed Bill has among its intention of raising the quality of ICT projects implementation, we feel that the way the Bill proposed to resolve that is vague, possibly prejudicial and certainly confusing.

The clauses in the Bill raises questions such as:

1. Is this Bill similar to the Professional Technologists Bill?

2. Will Free and Libre Open Source Software (FLOSS) projects and products that our members are involved in be affected?

3. Will practitioners of FLOSS products be affected?

4. How will overseas FLOSS projects be affected with regard to licensing and the project members and developers responsible for the project?

5. Ensure that any Bill that were passed will not be monopolized by any 1 single party.

6. Ensure that the process of Membership & Certification would not only be in par with international standard as well as being transparent and non prejudicial.

We would like the government to hold more discussions with the affected stakeholders before proceeding with the Bill, so as to assure the IT community.

PSBSTM would like to collaborate with MNCC for the above resolution as well as discuss joint effort in promoting Free & Open Source Software awareness adoption in the country.


--
 

--
To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
 
OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/
 
Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/

Kirim email ke