---------- Forwarded message ---------- From: Mohd Roslan Bin Muhamad <mros...@ump.edu.my> Date: 2012/8/17 Subject: Jemputan Bagi Mengadakan Sesi Technology Update
*Jemputan Bagi Mengadakan Sesi Technology Update* * * Pihak UMP bercadang untuk melaksanakan proses menaiktaraf sistem aplikasi UMP. Antara aktiviti yang dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam menyempurnakan proses tersebut adalah proses migrasi sistem aplikasi daripada format Oracle Forms dan Reports ke J2EE/JEE atau format *open source* yang lain. Selaras dengan itu, syarikat tuan telah dipilih dan dijemput untuk mengadakan Sesi Technology Update dalam bidang yang berkaitan dengan perlaksanaan proses migrasi tersebut. Ini bagi membantu pihak UMP mengenalpasti teknologi semasa yang ada di dalam pasaran dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan tersebut. Cadangan kami agar memenuhi skop berikut dalam sesi tersebut iaitu: 1. Programming Language 2. Application Development Framework 3. Integrated Development Environment (IDE) 4. Reports (Reporting engine, editor, etc.) 5. Application & Report Server 6. Charting Tools Pihak kami mengalu-alukan cadangan *roadmap* dalam proses migrasi tersebut jika ada. Jika pihak tuan berminat dengan pelawaan ini, pihak tuan boleh memilih slot pembentangan (antara tarikh 10 Sept hingga 14 Sept 2012) seperti di dalam lampiran dan menghubungi wakil kami En Mohd Roslan Muhamad di talian 095492663 / 0139842058 / email: mros...@ump.edu.my untuk membuat pengesahan. Semoga kesediaan syarikat tuan untuk turut serta dalam sesi ini dapat dimanfaatkan bersama dalam semangat perkongsian ilmu. *Nota :* Sesi ini tidak mengikat pihak UMP untuk menerima mana-mana teknologi yang dibentangkan. *Hari/Tarikh* *Isnin (10 Sept)* *Selasa (11 Sept)* *Rabu (12 Sept)* *Khamis (13 Sept)* *Pagi * *(9:00AM-12:00PM)* Syarikat 1 Syarikat 3 Syarikat 5 Syarikat 7 *Petang* *(2:00PM-05:00PM)* Syarikat 2 Syarikat 4 Syarikat 6 Syarikat 8 *MOHD ROSLAN BIN MUHAMAD Pegawai Teknologi Maklumat Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi Universiti Malaysia Pahang Lebuhraya Tun Razak, 26300 Kuantan, Pahang Tel : 09-549 2663 Faks: 09-549 2199 HP : 013-984 2058 E-mail : mros...@ump.edu.my * *The information contained in this e-mail message and any accompanying files is or may be confidential. If you are not the intended recipient, any use, dissemination, reliance, forwarding, printing or copying of this e-mail or any attached files is unauthorised. This e-mail is subject to copyright. No part of it should be reproduced, adapted or communicated without the written consent of the copyright owner. If you have received this e-mail in error please advise the sender immediately by return e-mail or telephone and delete all copies. UMP does not guarantee the accuracy or completeness of any information contained in this e-mail or attached files. Internet communications are not secure, therefore UMP does not accept legal responsibility for the contents of this message or attached files. * -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information OSDC.my Discussion Group In Facebook http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/ Malaysia Open Source Conference 2012 MOSC2012 http://portal.mosc.my/