Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, Alhamdulillah, pada 3hb December 2012 yang lepas saya telah keluarkan secara rasmi ebook yang mengajar bagaimana menghasilkan template Joomla! anda menggunakan rangkakerja Warp 6. Ebook ini boleh didapati secara percuma, anda hanya perlu mendaftar pada halaman web ini:
https://ebook.syahzul.com/ Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan kepada anda, malahan anda boleh kongsi ebook tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Ia dikeluarkan di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported, dilengkapi dengan fail Photoshop yang dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 3.0 Unported. Ebook ini akan sentiasa dikemaskini dan topik-topik baru akan ditambah setiap bulan mengikut permintaan dan keperluan semasa. Sebarang masalah, cadangan ataupun idea boleh dikemukakan di bahagian Bug Tracker. -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information OSDC.my Discussion Group In Facebook http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/ Malaysia Open Source Conference 2012 MOSC2012 http://portal.mosc.my/