Koperasi Sumber Terbuka Untuk 2020 Dan Seterusnya Kami mahu menjemput pengiat perisian sumber terbuka / open source software, yang berminat dengan Koperasi, iaitu perniagaan dengan kerjasama perniagaan sesama ahli dan komuniti, untuk menyertai perbincangan Telegram Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad di
https://t.me/joinchat/ADl1NUe5r9Vx70MTJzp8zA Kami telah memulakan langkah dengan mendaftarkan Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad (B-4-1028) (pada tahun 2012. Bermula dengan Negeri Selangor atas sebab untuk mula dahulu pendaftaran. Dan perancangan seterus untuk jadikan Koperasi ini koperasi kebangsaan apabila ada minat jelas daripada komuniti. Namun ia terhenti atas sebab yang jelas. Koperasi yang berjaya adalah dengan ahli-ahli dan komuniti turut sama bergerak dan menyumbang. Untuk menjayakan Koperasi Sumber Terbuka Selangor ini, kami perlu anda. Perlu anda dalam perbincangan virtual dan juga fizikal. Jangan hadkan diri kerana ianya untuk Negeri Selangor. Rancangan seterusnya adalah untuk menjadikan Koperasi ini kebangsaan. Namun kita perlu berlatih dan bertatih dahulu. Kami perlukan anda untuk berbincang dan turut sama secara fizikal kerana itu keperluan sebagai sebuah koperasi. Ahli-ahlinya dan komunitinya saling berbincang untuk menjalankan perniagaan. Ahli Lembaga Koperasi telah sedia ada, perancangan perlukan anda. Perancangan perlukan anda luluskan dalam Mensyuarat Agung. Itu yang kita perlu lakukan sekarang. Perkara seterusnya dalam menggerakkan koperasi, adalah satu lagi meetup yang lagi besar untuk semua. Sama ada anda dalam Negeri Selangor atau tidak, kami masih perlukan anda. Sertai kami dalam Group Telegram. Facebook KOSTEM di https://www.facebook.com/KOSTEM.Selangor/ Sekian, terima kasih. Harisfazillah Jamel 15 Dis 2019 019-6085482 Independence Open Source Software Consultant https://drift.me/linuxmalaysia -- --- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information OSDC.my Discussion Group In Facebook http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/ Malaysia Open Source Conference 2013 (MOSCMY) MOSC2013 http://www.mosc.my/ --- Anda menerima mesej ini kerana anda melanggan kumpulan "OSDC.my Mailing List" Google Kumpulan. Untuk menyahlanggan kumpulan ini dan berhenti menerima e-mel daripada kumpulan, hantarkan e-mel ke osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com. Untuk melihat perbincangan ini di web, lawati https://groups.google.com/d/msgid/osdcmy-list/CAAOQdMVNpbaTsGUGmvC0GC6npCJg%3D6OdRZyJ6NB1gTVWAjWz2Q%40mail.gmail.com.