Gurl^Of^Fortune~ <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
  To: [EMAIL PROTECTED]
  From: "~Gurl^Of^Fortune~" 
  Date: Sat, 07 Aug 2004 13:54:34 -0000
  Subject: [cyberterengganu] baca ni..

  Assalamualaikum..... 

  Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak 
  terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda 
  menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam 
  bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah 
  anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.

  Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa 
  Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda 
  yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini 
  lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal 
  ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan 
  lain seperti berikut :

  1. IDOLATRY = Penyembahan berhala 
  2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin 3. IDOLATROUS = (Bersifat) 
  menyembah atau memuja 4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.

  5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan. 

  Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita 
  bahawa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk 
  mengambarkan sifat terlalu ta'sub, menyembah, memuja dan terlalu 
  menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna 
  lain menyembah berhala / patung.

  Isu pengunaan perkataan ini saya bangkitkan agar sahabat-sahabat 
  muslim sedia maklum tentang satu propaganda baru musuh Islam melalui 
  penerbitan rancangan MALAYSIA IDOL yang sedang giat dipromosikan di 
  TV3 dan TV8.

  Buat pengetahuan sahabat-sahabat muslim sekalian, idea penerbitan 
  rancangan ini bermula dari Amerika Syarikat. Di sana dinamakan 
  AMERICAN IDOL. Modus operandi rancangan ini kemudiannya disebarkan ke 
  beberapa buah negara kononnya untuk mencari bakat-bakat baru dalam 
  dunia seni hiburan dari seluruh dunia. Di Indonesia, pencarian bakat 
  baru untuk rancangan ini telah berjaya menarik penyertaan beratus 
  ribu belia.

  Mereka sanggup beratur dan berpusu-pusu ditempat uji bakat semata-
  mata untuk merebut gelaran INDONESIA IDOL. Paling menarik, belia-
  belia ini yang juga beragama Islam lupa segala-galanya, makan minum 
  diabaikan..apatah lagi waktu solat..semuanya sibuk berlatih untuk 
  menghadiri sesi uji bakat. Hal yang sama sebenarnya turut berlaku di 
  negara kita. Secara sedar atau tidak, satu jarum licik propaganda 
  jahat

  musuh- musuh Islam berjaya menusuk di jiwa anak muda muslim. 

  Apakah tindakan kita sebagai muslim?. Langkah pertama pastinya kita 
  perlu menimbulkan kebencian dengan memboikot rancangan ini. Jelaskan 
  dengan terperinci kepada anak-anak muda kita tentang propaganda jahat 
  musuh Islam ini. Larang mereka daripada menyertai uji bakat yang 
  hanya membuang masa, wang dan tenaga. Paling penting, pemerintah 
  harus di desak agar lebih prihatin dengan isu-isu sensitif seperti 
  ini.

  Rahmat Hidayat Sabari 
  Exco Perhubungan dan Informasi, 
  Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti 
  Kebangsaan Malaysia. 







____________________________________________________

Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://rantaunet.org/palanta-setting
------------------------------------------------------------
Tata Tertib Palanta RantauNet:
http://rantaunet.org/palanta-tatatertib
____________________________________________________

Kirim email ke