> Coba pule baca kajian dari Malysie ini, encik-encik. Dengan mendenga kaba > atau berite dari negeri sebrang akan membuke pule pikiran kita sehingge kite > tak cuma seperti "katak di bawah tempurung" > > Wassalam > MII > Ayat 2:62 > > > -------------------------------------------------------------------------- -- > ---- > > > > Date: Wed, 1 Jan 2003 11:39:40 +0000 (GMT) > From: Adnan Hashim > Subject: TAHNIAH DAN SYABAS!!! > > Salam, > > Tahniah kerana berjaya membina satu webpage yang amat bermanfaat kepada > umat manusia. > > Saya ingin mendengar pandangan saudara mengenai surah Albaqarah, ayat 62 > yang berbunyi lebih kurang begini: "Sesungguhnya orang-orang Mukmin, Yahudi > dan Shabiin, siapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah, hari > kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, > tidak ada kekuatiran terhadap mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati". > > Terima kasih. > > > > Berikut adalah jawapan kami di sini, yang mengandungi sedikit perbezaan > dengan jawapan yang dikirim kepada beliau tempoh hari: > > > > Salamun alaikum, > saudara Adnan. > > Terima kasih. Kata-kata saudara yang manis menambahkan kesyukuran kami > kepada Tuhan di samping dapat membangkitkan lagi semangat untuk berkhidmat > untuk-Nya. Kami tidak mendapati ramai orang yang seperti saudara, walaupun > di kalangan kenalan kami, yang sudi menghulurkan kata-kata ikhlas yang > merangsangkan. > > 2. Ayat yang saudara sebut itu kami faham seperti berikut: > > "Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan > Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan > membuat kerja-kerja kebaikan, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara > mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." > (2:62) > > 3. Pendapat kami tentang ayat di atas disenaraikan di bawah ini: > > (a) Itu adalah janji Allah. Janji Allah benar. > > (b) Nama-nama seperti Yahudi, Kristian atau Sabiin adalah hanya "label" > yang dipakai oleh manusia. Mungkin pada hakikatnya sesetengah daripada > mereka itu adalah sebenarnya Islam pada pandangan Allah. > > (c) Islam bermaksud tunduk patuh kepada Allah, dengan mempercayai dan > mentaati ayat-ayat-Nya. Lalu didapati bukan sahaja orang-orang yang > melabelkan diri sebagai Islam yang tunduk patuh kepada perintah Tuhan. > Orang-orang lain juga didapati mentaati perintah Allah. > > Misalnya, dalam rezeki yang dikurniakan Tuhan kepada semua manusia. > Sekiranya orang-orang yang melabelkan diri sebagai Islam menolak atau > mengharamkannya, selain daripada yang sedikit yang diharamkan-Nya, maka > mereka bukanlah Islam dalam perbuatannya itu. > > Sebaliknya pula, jika orang-orang yang memakai label selain Islam dan > tidak mengharamkan rezeki daripada-Nya, selain daripada yang sedikit yang > diharamkan, maka mereka adalah Islam dalam perbuatan tersebut. > > Atau, dalam amalan sedekah. Sekiranya orang-orang yang melabelkan diri > sebagai Islam tidak bersedekah, atau hanya bersedekah kepada orang-orang > yang sebangsa atau seagama sahaja, maka mereka bukanlah Islam dalam amalan > sedekah mereka. > > Akan tetapi, sekiranya orang-orang yang memakai label lain dan > mengamalkan sedekah tanpa mengira agama atau warna kulit, maka mereka adalah > sebenarnya Islam dalam amalan sedekah mereka. > > (d) Mengenai peribadatan pula, orang-orang yang disebut itu (Kristian, > Yahudi, Sabiin dan mereka yang percaya kepada Tuhan dan Hari Pembalasan) > didapati melakukannya juga. Namun, hanya Allah yang mengetahui dan > mengadili. > > (e) Tugas hamba Allah adalah menuruti perintah dan larangan-Nya, > seperti yang terkandung di dalam al-Qur'an dan kitab-kitab Allah sebelumnya. > Ajaran-Nya yang baik sudah sampai ke seluruh pelusuk dunia, dan dipakai, > sama ada disedari atau tanpa disedari, oleh manusia. > > (f) Sehubungan itu, didapati bahawa sesetengah orang yang memakai label > selain Islam, apabila diceritakan sesetengah kandungan al-Qur'an kepada > mereka (kadang-kadang tanpa menyebut perkataan Qur'an), mereka menyatakan > itulah yang mereka percaya dan amalkan. > > (g) Ada juga antara mereka yang menjadi Islam (setelah membaca > al-Qur'an dalam bahasa mereka) tetapi enggan pergi ke institusi agama untuk > mendapatkan "kad Islam" atau menukar nama mereka. Kerana bagi mereka, itu > tak penting dalam agama Allah. > > (h) Memang terdapat orang-orang yang tidak melabelkan diri sebagai > Islam tetapi sungguh Islamik dalam pemikiran dan tindak tanduknya. Mereka > Islam dalam label bukan Islam. > > (i) Malangnya pula, terdapat orang-orang yang melabelkan diri sebagai > Islam tetapi pemikiran dan tindak tanduknya didapati tidak Islamik langsung! > Mereka kafir dalam label Islam. > > Satu pelajaran yang penting diperolehi daripada ayat tersebut, iaitu kita > tidak seharusnya menganggap diri sendiri lebih suci daripada orang lain, > terutamanya mereka yang tidak sebangsa dan tidak menyarungkan pakaian yang > dilabelkan sebagai Islam oleh sesetengah pihak. > > Sekian, terima kasih. > > > > > ----- Original Message ----- > From: "Muhammad Arfian" <[EMAIL PROTECTED]> > To: <[EMAIL PROTECTED]> > Sent: Monday, October 25, 2004 4:32 AM > Subject: Re: [EMAIL PROTECTED] Kebebasan Memilih Informasi Bagian dari Iman > > > > Assalaamu'alaykum wa Rahmatullaahi wa Barakatuhu > > > > . > > > > Dilihat dari konteksnya, sebetulnya Al-Baqarah 62 ini menunjuk kepada > > orang-orang yang ketika Islam belum tiba mereka tetap berpegang kepada > > ajaran nabinya masing-masing tanpa mengubah keimanan mereka kepada Allaah > > SWT sebagai satu-satunya yang patut disembah (menjaga kemurnian ajaran > > Nabinya). Mereka ini juga yang ketika bertemu Rasulullaah SAW kemudian > > beriman kepada Allaah dan Rasul-Nya tersebut, yang artinya masuk Islam. > Bagi > > orang-orang yang termasuk Yahudi dan Nasrani tetapi mereka menganggap Nabi > > Isa dan Nabi Uzair sebagai anak Allaah dan menganggapnya sebagai tuhan, > > tentu saja bukan termasuk yang ditunjuk oleh ayat ini, karena artinya > > walaupun beriman kepada Allaah tetapi mereka mempersekutukannya dengan > > manusia sebagai sesuatu yang disembah. > > >
____________________________________________________ Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: http://rantaunet.org/palanta-setting ------------------------------------------------------------ Tata Tertib Palanta RantauNet: http://rantaunet.org/palanta-tatatertib ____________________________________________________

