Assalamu alaikum ww.Selepas kejadian yang menggemparkan dunia,khususnya 
Indonesia yang ditimpa malapetaka paling dahsyat tsunami 26Dec2004, kajian 
mendapati terdapat ratusan gegaran susulan dan baru2ini kita dikejutkan lagi 
gempa didaerah jawa timur dan berita dari Malaysia seperti dibawah,ombak besar 
dibawah adalah dari arah lautan Cina Selatan, karna waktu kejadian adalah bukan 
waktu kebanyakan orang mandi laut maka korban tidak ramai,sekiranya ombak 
berlaku pada waktu petang,wallahuaklam.
Oleh yang demikian marilah kita sama2 berwaspada dan berdoa agar musibah 
seumpama itu dijauhkan dari kita,keluarga,Negara dan Asean khususnya. 
Nauzubillah.
Ombak besar di pantai Merang satu kejadian aneh - Pakar
Oleh: MARZUKI YUSOFF

KUALA TERENGGANU 11 Feb. - Fenomena ombak besar di Pantai Merang, Setiu, 
semalam yang meragut enam nyawa terus menjadi misteri apabila seorang ahli 
kajian samudera menyifatkan kejadian itu sebagai aneh yang tidak pernah berlaku.

Profesor Madya Sulong Ibrahim dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi 
Malaysia (Kustem) berkata, ini disebabkan ombak besar itu berlaku sekali sahaja 
di perairan pantai tersebut dan tidak menyeluruh ke kawasan perairan lain di 
Terengganu.

Lagi pula, kata pakar tersebut, ketika kejadian pukul 1.25 petang semalam, 
tiada laporan mengenai gempa bumi atau gegaran di Laut China Selatan.

Satu lagi yang peliknya, kata Sulong, ombak besar itu berlaku ketika air laut 
cetek dan tenang.

``Saya banyak buat kajian mengenai laut. Daripada kajian serta laporan yang 
pernah saya baca, apa yang berlaku di Pantai Merang itu agak aneh.

``Saya tidak dapat menyatakan puncanya. Biasanya jika tsunami berlaku, ia 
berpunca daripada pergerakan dasar laut akibat gempa bumi.

``Tetapi mengikut laporan, tiada gempa bumi berlaku di Laut China Selatan yang 
boleh menggerakkan ombak besar di Merang,'' kata Sulong dari Institut 
Oceanografi Kustem.

Beliau merupakan antara dua tenaga akademik di Kustem yang banyak terbabit 
dalam kajian mengenai laut termasuk arus, ombak, hidupan, pencemaran dan 
kawasan-kawasan pantai.

Pakar itu diminta mengulas mengenai ombak besar setinggi dua meter yang berlaku 
secara tiba-tiba di Pantai Merang semalam.

Fenomena luar biasa yang berlaku pukul 1.25 petang menyebabkan seorang guru dan 
lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring (SMKATJ) hilang 
dipukul ombak besar itu ketika mereka sedang mandi.

Kejadian itu menimbulkan misteri terutama kepada pihak berkuasa kerana ombak 
besar itu datang terlalu pantas dan hanya berlaku sekali sahaja sewaktu air 
laut surut dan tenang.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, gegaran kecil berukuran 4.8 skala 
Richter hanya dikesan di Lautan Hindi pada pukul 9.34 pagi semalam, manakala 
gegaran kedua pula berlaku pada pukul 2.25 petang.

Mengulas lanjut Sulong berpendapat, ombak besar itu mungkin berpunca daripada 
`gelombang dalaman' di kawasan berkenaan.

Ketika ditanya sama ada musim tengkujuh mungkin mencetuskan ombak besar di 
Pantai Merang itu, Sulong tidak menganggap ia puncanya.

Ini kerana, katanya, ombak besar pada musim tersebut selalunya datang secara 
berturutan dan bukan hanya sekali sahaja.

Mengenai kenyataan guru sekolah itu yang terselamat dan menyatakan arus bawah 
ombak itu begitu kuat, beliau berkata, perkara itu mungkin ada kaitan dengan 
gelombang dalaman yang memerlukan alat khas untuk mengesannya.

``Kita belum memiliki alat pengesan itu dan sekiranya kita memiliki alat 
seumpama itu, mungkin kita dapat sedikit sebanyak mengetahui puncanya.''

Ditanya sama ada gempa bumi dengan kekuatan lebih tujuh skala Richter di 
perairan Filipina boleh memberi kesan kepada pergerakan laut di Pantai Timur, 
beliau berkata, kesannya tetap ada, tetapi hanya sedikit.






Tragedi pasir jerlus -- Empat dijumpai mati, dua lagi masih hilang di Sungai 
Pahang
Oleh: RUHAIDINI ABDUL KADIR dan HARIS FADILAH AHMAD

AHLI Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said (kanan) bersama seorang penduduk 
meninjau kawasan pasir jerlus yang mengorbankan dua kanak-kanak di Kampung 
Machang Manis, Kuala Krau, Pahang, semalam. 
---------------------------------




JERANTUT 11 Feb. - Dua lagi remaja mati lemas, menjadikan empat orang terkorban 
dalam tragedi pasir jerlus di Sungai Pahang, semalam.

Dua orang lagi yang terperangkap sama dalam pasir jerlus itu masih hilang dan 
dikhuatiri turut terkorban.

Kejadian itu yang berlaku di tiga lokasi berlainan, dua di Kuala Krau dan satu 
di Jerantut, mengejutkan penduduk tempatan memandangkan ia meragut banyak nyawa 
sekali gus. 

Pasir jerlus biasanya berlaku pada musim kemarau apabila air Sungai Pahang 
surut.

Berikutan itu, kawasan pasir akan kelihatan di bahagian tengah sungai.

Mereka yang tidak menyedari keadaan ini akan menyangka kawasan pasir tersebut 
selamat tanpa menyedari di bawahnya terdapat aliran air.

Mengulas kejadian ini, Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said berkata, 
fenomena pasir jerlus biasanya berlaku setiap kali musim kemarau apabila air 
sungai yang sebelum ini agak dalam akan kelihatan cetek dan pasirnya timbul di 
sesetengah kawasan sungai berkenaan.

Katanya: ``Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari keadaan ini sebenarnya 
lebih berbahaya kerana kebiasaannya di bahagian bawah pasir itu akan membentuk 
seperti satu kawah besar dan airnya berpusar dengan deras sekali.'' 

Beliau berkata, kejadian seumpama itu telah berulang kali berlaku di Sungai 
Pahang apabila pengunjung yang pergi berkelah berakhir dengan tragedi meragut 
nyawa.

Dalam kejadian semalam, empat orang lemas manakala dua lagi masih hilang dan 
dikhuatiri lemas.

Dua kejadian berlaku di Kampung Machang Manis dan Kampung Machang Manis Desa 
Baru Purun, Kuala Krau.

Satu lagi kejadian di Kampung Lada, Jerantut.

Dua mangsa yang lemas ketika mandi-manda di Kampung Machang Manis itu ialah 
Siti Yusliza Mohd. Yasin, 10, dan Zahari Azri Rahman, 10. Mayat kedua-dua 
mereka ditemui petang semalam.

Di Kampung Machang Manis Desa Baru Purun pula, dua mangsa yang lemas ialah 
Khairul Imran Kamaruddin, 15 dan Nabila Edora Idris, 15.

Mayat Nabila ditemui pukul 5 petang semalam manakala Khairul ditemui kira-kira 
pukul 7 pagi ini.

Bagaimanapun dalam kejadian di Kampung Lada di sini, keriangan lima remaja 
pergi memancing akhirnya mengundang tragedi apabila dua daripada mereka hilang 
di Sungai Pahang, kira-kira pukul 5.40 petang semalam.

Mohamad Hanis Hashim, 18, dan rakannya, Khairulnizam Mohamad, 19, hanyut dibawa 
arus deras Sungai Pahang selepas terpijak kawasan pasir jerlus di sungai 
tersebut.

Hingga petang ini, kedua-dua mangsa belum ditemui walaupun gerakan mencari 
dilancarkan sejak semalam.

Mohamad Hanis ialah pelajar Giat Mara Shah Alam, Selangor. Khairulnizam pula, 
seorang pekerja syarikat penghantar cepat di Bandar Jerantut.

Menurut rakan mangsa yang terselamat, Abdul Mutalib Abdul Razak, 18, kejadian 
berlaku ketika mereka berlima sedang dalam perjalanan untuk memancing di sungai 
tersebut.

``Sudah masuk tiga hari kami berlima berulang-alik ke Sungai Pahang untuk 
memancing. Saya tidak menduga ada kawasan pasir jerlus di sungai itu,'' katanya.

Abdul Mutalib memberitahu, ketika mereka berlima berjalan di atas pasir di 
tengah-tengah sungai berkenaan yang cetek, tiba-tiba mereka terpijak kawasan 
pasir jerlus.

``Kami tenggelam dan dalam sekelip mata dibawa arus deras. Bagaimanapun, saya 
dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi,'' katanya ketika ditemui 
rumahnya di Perumahan Kos Rendah di sini hari ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lipis itu yang kini sedang menunggu 
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata, kejadian itu berlaku terlalu 
pantas.

``Saya tidak mendengar suara kawan-kawan menjerit minta pertolongan dan mereka 
hilang dibawa arus dalam sekelip mata,'' katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Jerantut, Roslan Abu Talib 
berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 6.20 petang semalam dan bergegas 
ke tempat kejadian dengan enam anggota.

Tambahnya, operasi mencari terpaksa dihentikan semalam apabila hari gelap dan 
disambung semula kira-kira pukul 9 pagi ini.

``Operasi mencari disertai dua penyelam bomba dari Kuantan serta dibantu oleh 
polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) di sini,'' katanya.




Gani45
Rang Maninjau di KL


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 
____________________________________________________

Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://rantaunet.org/palanta-setting
------------------------------------------------------------
Tata Tertib Palanta RantauNet:
http://rantaunet.org/palanta-tatatertib
____________________________________________________

Kirim email ke