Majikan akan didakwa PUTRAJAYA: Peguam Negara tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang menganiaya pekerja Indonesia dengan menggaji mereka secara tidak sah dan tidak membayar gaji mereka.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata Kerajaan Malaysia memandang berat tindakan majikan yang melindungi pekerja asing tanpa izin dan menganiaya mereka. �Sekiranya ada bukti yang cukup, saya tidak teragak-agak untuk mendakwa mereka di mahkamah. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan itu,� katanya di pejabatnya di sini, semalam, menjelang lawatan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, yang akan tiba di sini, hari ini. Masalah dihadapi beribu-ribu pekerja Indonesia di negara ini itu menjadi isu utama yang akan disentuh oleh pemimpin Indonesia dalam perbincangannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada lawatan sehari itu. Peguam Negara berkata, setakat ini 111 kes majikan yang tidak membayar gaji pekerja Indonesia mereka sudah dilaporkan ke jabatan beliau dan daripada jumlah itu sebanyak 25 kes diselesaikan. Beliau mengulas pengumuman Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Fahmi Idris, Isnin lalu bahawa Jakarta akan melantik 10 peguam Malaysia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat dan majikan yang menggaji pekerja Indonesia secara tidak sah dan gagal membayar gaji mereka. Abdul Gani berkata, langkah Kementerian Sumber Manusia yang mahu menyelesaikan kes pekerja Indonesia tidak dibayar gaji itu di luar mahkamah adalah usaha kemanusiaan tanpa prejudis terhadap hak kerajaan. �Tetapi ini tidak harus diterjemahkan sebagai bermaksud kerajaan bertanggungjawab terhadap majikan yang tidak bertanggungjawab. �Kementerian itu ikhlas untuk menyelesaikan isu antara pekerja dan majikan dan berhak berbuat demikian. Majikan tidak boleh menganiaya pekerja mereka,� katanya. Abdul Gani berkata, kerajaan Malaysia bukannya satu pihak yang terbabit dalam sebarang cadangan saman oleh Indonesia terhadap majikan yang gagal membayar gaji kepada pekerja mereka. Beliau berkata, isu itu persoalan peribadi antara majikan dan pekerja. �Sama ada mereka mahu mengambil tindakan saman sivil terhadap majikan itu perkara peribadi. Pertama sekali mereka perlu mempunyai alasan untuk mengambil tindakan dan sesiapa saja boleh memohon kepada mahkamah dan terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada untuk memberi kebenaran bagi diadakan perbicaraan. �Ia sebenarnya perkara peribadi dan bagi pihak kerajaan, ia tidak bertanggungjawab dalam perkara ini. �Sebenarnya, ia adalah kontrak pekerjaan antara majikan dan pekerja dan kerajaan bukan satu pihak dan tidak bersubahat dengan kontrak itu,� katanya. Beliau berkata, jabatannya sedang menyiasat dua majikan berhubung perkara itu. �Satu daripada kes itu membabitkan sebuah syarikat pembinaan yang berpejabat di Kuala Lumpur, Sri Mega Jaya Sdn Bhd yang berhutang RM152,500 tunggakan gaji kepada hampir 90 pekerja Indonesia,� katanya. Abdul Gani berkata, kerajaan Malaysia sentiasa adil dalam memberi layanan kepada pekerja asing dan ramai yang sudah ditahan kerana bekerja secara tidak sah tidak dihadapkan ke mahkamah, sebaliknya dihantar pulang ke negara asal. �Sekurang-kurangnya 70 peratus pekerja yang ditahan tidak didakwa di mahkamah. Mereka dihantar ke pusat tahanan dan kemudiannya dihantar pulang. �Hanya kira-kira 30 peratus pekerja tanpa izin dihadapkan ke mahkamah dan mereka ini adalah pesalah ulangan yang masuk ke negara ini atau mereka yang terbabit dalam aktiviti jenayah di sini,� katanya. Abdul Gani juga menegaskan sekiranya majikan dihadapkan ke mahkamah kerana menggaji pekerja tanpa izin, orang asing yang bekerja tanpa dokumen yang sah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. �Mereka masih pendatang tanpa izin, ia satu fakta dan tindakan perlu diambil terhadap mereka kerana melanggar undang-undang negara ini dan mereka perlu diusir,� katanya. � Bernama arshad sidik <[EMAIL PROTECTED]> wrote:Wa`alaikum salam wr wb Adinda Jun aidi nan di Kandang Singo, kan lai ndak ba`a ambo panggie adiak, sabab lah tuo bana rasonyo kalau dipanggie Mak [mamak] walaupun iyo lah tumbuah uban, Salamaik datang ka KL, mudah-mudahan kito dapek basuo muko, sabab nan salamoko iyo saliang kenal malalui "Kompor ka Kompor sajo baru, walaupun tampek kito hanyo dibatehi dek tambak Johor sajo, ampie ye nyeh,..... Bilo lah sampi nantik nan paliang rancak/capek hubungi sajo sanak Ghani di HP 016 - 6101 049, dek karano sanak Ghani ko, wae mambao Taksi KL, dan kalau ambo duduak dirumah sabagai tukang jaik, Tel: 03 - 6187 4094 [rumah] dr Amrizal nan adinda mukasuik`an iyo alun kenal ambolai, mudah-mudahan saudah iko, Askar-askar Malaysia indak ka mangaja-ngaja urang saparati Adinda doh, biasonyo urang nan dikaja-kaja Askar tu iyolah ba status PATI, ataupun perantau dari kampuang dek indak ado karajo dikampuang, dan pai marantau dan alun sampai dapek karajo, Izin untuak tingga alah habih nak baliak kakampuang pitih ndak ado, mako jadilah"Pendatang Tampa Izin" [PATI] Bak bunyi pantun: Kayu kalek disangko madang Tumbuah sarumpun ditapi ngarai Dirantau disangko sanang Nyatonyo kini badan marasai, Salam, Sidi Arshad [47+] KL jun aidi wrote: Assalamu'alaikum wr. wb. Mak Ghani jo mak Arshad di KL Samalam ambo jo kawan2 di kandang singo basuo jo bbrp anggota DPR nan sadang malakukan study di MY mengenai pendeportasian urang Indonesia di nagari samananjuang ko. Ado bbrp poin nan mereka kamukokan mengenai kondisi tnagao karajo awak disinan dan mereka juo ingin mambandiangkan jo situasi di Singapore. Dalam rombongan itu ado duo urang awak nan barasa dari pikumbah dan batu sangka. Nan dari pikumbuah adolah anggota DPR nan mewkili daerah pemilihan riau dan nan dari batusangka adolah dokter nan bakarajo di malaysia dan kni juo lagi maambiak program doktor di UKM namo baliau dr Amrizal mungkin mamak baduo kenal jo baliau. Insya Allah kok ndak ado aral malintang ambo mandapek tugeh dari kantua utk ka KL tanggal 24/2 bisuak, indak tahu kok nanti ambo di kaja2 pulo dek askar. wassalam Junaidi (38), kandang singo --------------------------------- Do you Yahoo!? Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term' ____________________________________________________ Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: http://rantaunet.org/palanta-setting ------------------------------------------------------------ Tata Tertib Palanta RantauNet: http://rantaunet.org/palanta-tatatertib ____________________________________________________ --------------------------------- Do you Yahoo!? Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term' ____________________________________________________ Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: http://rantaunet.org/palanta-setting ------------------------------------------------------------ Tata Tertib Palanta RantauNet: http://rantaunet.org/palanta-tatatertib ____________________________________________________

