Dari sumber http://www.mocat.gov.my/
kito baco:

Silat produk pelancongan terbaru peserta Homestay

KUALA LUMPUR: Fujiwara Yuriko 17, tidak menyangka yang penyertaan mengikuti program homestay di Malaysia akan memperkenalkannya kepada seni silat Melayu yang menurutnya amat menyegarkan badan.

Fujuwara merupakan salah seorang daripada 250 pelajar Jepun dari Bunkyo Gakuin Girl's Senior High School, Tokyo, yang menghadiri bengkel seni silat selama tiga jam di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang. Para pelajar itu yang tiba sejak tiga hari lalu bersama guru-guru pengiring mereka, telah melawat Johor Baharu, Melaka serta Negeri Sembilan dan akan melawat Kampung Bangkuris, Sepang dan Langkawi untuk melengkapkan program homestay lima hari itu.

Seni silat adalah satu pengalaman baru yang amat menarik bagi saya yang sebelum ini tidak pernah belajar apa-apa seni mempertahankan diri, kata Yuriko kepada pemberita menerusi seorang penterjemah.

Seni Silat Melayu diperkenalkan kepada pelajar Jepun terbabit adalah produk pelancongan terbaru negara untuk menarik pelancong asing datang ke Malaysia menerusi program homestay. Penolong Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Dalilah Ahmad berkata, usaha ini adalah untuk mempelbagaikan produk pelancongan negara supaya kedatangan pelancong terus meningkat.

Pelancongan bukan setakat membeli-belah dan berbelanja sahaja, pelancong juga nak belajar cara hidup dan budaya kita, katanya selepas majlis pelancaran Pelancongan Seni Silat Malaysia. Muda-mudi Jepun terbabit sangat tertarik dengan seni silat, katanya.

Program homestay itu anjuran Persatuan Homestay Malaysia dengan kerjasama Lembaga Penggalakan pelancongan Malaysia itu, Ia bertujuan menjadi promosi bergerak kepada pelancong asing termasuk Jepun. Menurut President Homestay Malaysia, Sahariman Hamdan, antara aktiviti lain yang disusun termasuklah melukis batik, membuat kuih tradisional Melayu, anyaman, menorah getah dan mengait kelapa sawit.

Program homestay ini, selalunya akan menghasilkan pelancong berulang, kerana talian silaturahim yang terjalin dengan adanya keluarga angkat akan membuatkan mereka kembali lagi katanya.

Sehingga kini terdapat 64 kampung di seluruh Malaysia yang bersedia menyambut kedatangan pelancong menerusi program homestay.

Sumber- Utusan Malaysia, 2 Mac 2005 (Rabu)


Internal Virus Database is out-of-date.
Checked by AVG Anti-Virus.
Version: 7.0.300 / Virus Database: 266.7.2 - Release Date: 3/11/2005
____________________________________________________

Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://rantaunet.org/palanta-setting
------------------------------------------------------------
Tata Tertib Palanta RantauNet:
http://rantaunet.org/palanta-tatatertib
____________________________________________________

Kirim email ke