kito baco: Jan sampai taimpik karunduik kampia garam tu ... :)
Elak himpit kerandut
APAKAH kedudukan zakar yang paling sesuai ketika memakai seluar dalam? Adakah dengan menghala ke atas atau ke bawah?
ZUL,
Chenderong Balai, Perak.
SEMEMANGNYA zakar dan kerandut buah zakar dalam keadaan berjuntai ataupun menghala ke bawah. Kerandut buah zakar boleh mengembang dan menguncup dan ini mengikut keadaan tertentu.
Kebiasaannya apabila waktu sejuk, kerandut buah zakar mengecut dan ia mengembang apabila cuaca panas. Ia berlaku kerana kawalan tahap suhu ke tahap optimum untuk proses pembiakan sperma.
Lelaki yang mahu menjaga kesihatan buah zakar disyorkan supaya memakai seluar dalam longgar dan tidak menghimpit buah zakar. Tanpa sebarang tekanan kepada buah zakar, maka fungsi pembiakan sperma berjalan lancar.
Selain itu, jangan duduk dengan merapatkan peha atau menyilang kaki kerana ia akan menghimpit buah zakar. Pada masa sama, elakkan mandi air panas dan sauna serta jangan merokok dan meminum minuman keras.
Melihat keadaan ini, tidak hairanlah nenek moyang kita yang kebiasaannya hanya memakai kain pelikat begitu subur!
Internal Virus Database is out-of-date. Checked by AVG Anti-Virus. Version: 7.0.300 / Virus Database: 266.7.2 - Release Date: 3/11/2005
____________________________________________________ Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: http://rantaunet.org/palanta-setting ------------------------------------------------------------ Tata Tertib Palanta RantauNet: http://rantaunet.org/palanta-tatatertib ____________________________________________________

