Assalamu'alaykum wr.wb Sekedar meramaikan tulisan bu Rahima, Wassalamu'alaykum wr.wb
Arnoldison ---------------------------------------------------------------------- Gurun Sahara Gurun Sahara, yang berkeluasan 9.065 juta km persegi dan mencakupi negara Maghribi, Algeria, Mauritania, Sudan, Tunisia, Chad, Mali, Libya, Senegal, Niger dan Mesir adalah gurun terbesar dan kawasan yang paling panas di dunia. Terletak di utara benua Afrika, ia berukuran lebih kurang 4,830 km dari arah barat ke timur dan 1,930 km dari utara ke selatan. Di kawasan utara ianya bersempadanan dengan Pergunungan Atlas dan Laut Mediterranean, Laut Atlantik di barat, Sungai Nil dan Laut Merah di sebelah timur dan pertengahan benua Afrika di selatannya. Kawasan ini beriklim panas dan kering pada siang hari namun begitu kadangkala masih terdapat hujan, walaupun hanya beberapa milimeter sahaja. Pada 18 Februari 1979, salji pernah turun di sini. Ini disebabkan oleh ribut besar yang melanda Algeria. Namun disebabkan suhu yang terlalu tinggi, salji cair dalam tempoh yang singkat. Gurun Sahara mempunyai bentuk geografi yang berbeza-beza mengikut kawasan. ¼ daripada datarannya adalah bergunung ganang. Puncak paling tinggi adalah Emi Koussi di negara Chad yang mencapai ketinggian 3415 meter di atas paras laut. Puncak ini akan dilitupi salji ketika musim sejuk. Manakala dataran yang paling rendah terletak di Qattara Depression, Mesir. Hamparan dan bukit pasir mengambil 25% daripada keseluruhan gurun. Selebihnya adalah gunung ganang, permukaan berbatu dan oasis. Bukit pasir sering ?mencorakkan? kawasan tersebut dengan ketinggiannya yang boleh mencapai beratus-ratus meter. Bukit pasir terbesar pernah ditemui dikenali sebagai Libyan Erg adalah sebesar negara Perancis. Terdapat beberapa sungai yang merentasi Gurun Sahara, tetapi dua sungai kekal yang terpenting adalah Sungai Nil dan Sungai Niger. Kebanyakan sungai lain adalah bermusim atau hanya dipenuhi air untuk seketika sahaja dalam masa beberapa tahun. 2.5 juta orang mendiami kawasan ini dengan penduduk paling ramai di Mauritania, Algeria dan Maghribi. Bumi Sahara kaya dengan hasil seperti besi, tembaga, uranium, fosfat dan minyak. Tanah di sini adalah rendah kandungan organik dan tanaman seperti kurma, jagung dan buah-buahan hanya ditanam di kawasan oasis yang subur. Oasis adalah takungan di bawah paras laut yang mempunyai mata air yang muncul daripada bawah tanah dan menjadi tempat persinggahan bagi pedagang-pedagang berehat sebelum meneruskan perjalanan. Tumbuhan seperti rumput dan pokok banyak tumbuh di kawasan ini dan juga di sepanjang sungai dan tanah tinggi. Haiwan seperti gazel, kambing biri-biri, musang, rusa, baboon dan pelbagai spesis burung banyak terdapat di Gurun Sahara. Kuda pernah dijadikan haiwan tunggangan bagi pedagang-pedagang zaman dahulu sebelum digantikan dengan unta yang lebih sesuai dengan kehidupan di padang pasir. Ianya telah berjaya meningkatkan jumlah dagangan, tetapi kegiatan lanun dan rompakan juga telah turut meningkat. Dipercayai bahawa pada 10,000 tahun sebelum Masihi, Gurun Sahara pernah menjadi kawasan hijau yang subur dan penuh dengan hidupan liar seperti gajah, badak dan zirafah. Tetapi pada 4,000 tahun sebelum Masihi, iklimnya mulai berubah menjadi kering dan padang rumput hijaunya berubah menjadi padang pasir. Ini disokong dengan penemuan berbagai jenis fosil haiwan dan lukisan-lukisan purba pada batu-batu oleh para pengkaji sejarah. Keluasan Gurun Sahara juga dikatakan kadangkala bertambah dan kadangkala mengecil. Kini hasil penelitian yang dilakukan oleh satelit, tumbuhan-tumbuhan dikesan telah kembali menghijaukan semula kawasan ini. Sumber rujukan: http://i-cias.com/e.o/sahara.htm http://www.calacademy.org/exhibits/africa/exhibit/sahara/index.html http://yes.mmu.edu.my/2003/info/new/pengetahuan_am.html http://www.e-bacaan.com/keratan020811b.htm dan bahan-bahan bacaan lain - disusun oleh: rienn http://rienn.has.it/ _____________________________________________________ Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: http://rantaunet.org/palanta-setting ------------------------------------------------------------ Tata Tertib Palanta RantauNet: http://rantaunet.org/palanta-tatatertib ____________________________________________________

