Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Pembentangan bajet di Ina juo indak kalah rancak dg di Malay ko, tapi
baa dek di awak rakyat miskin masih labiah 50%.
Bagi awak mungkin hanyo kalimat syukur alhamdulillah ka Allah lah yang
hanyo bisa indak mambuek hiduikko frustasi, dengan baban yang sangek
tinggi, kalau indak baitu batambah sansai hiduik di Ina ko, yang serba
maha dan maha.
Wassalam, syb.




Oleh/By : DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI 
Tempat/Venue : DEWAN RAKYAT, BANGUNAN PARLIMEN 
Tarikh/Date : 30/09/2005 
Tajuk/Title  : PEMBENTANGAN BAJET TAHUN 2006 

------------------------------------------------------------------------
----UCAPAN BAJET TAHUN 2006

Oleh


YAB DATO' SERI ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN



PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA
STRATEGI BAJET 2006

10. Strategi Bajet 2006 akan ditumpukan kepada:

Pertama: Melaksanakan langkah proaktif Kerajaan ke arah memesatkan
kegiatan ekonomi;
Kedua: Menyediakan persekitaran mesra perniagaan;
Ketiga: Membangunkan modal insan; dan
Keempat: Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.


Membasmi Kemiskinan

85. Kerajaan komited untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat, dan
memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan lagi taraf dan kualiti hidup
golongan berpendapatan rendah. Ini termasuk program kemudahan perumahan
kos rendah, kesihatan, pendidikan dan infrastruktur serta juga program
khusus bagi mereka yang kurang upaya dan kurang bernasib baik.
Peruntukan sebanyak 700 juta ringgit akan digunakan untuk tujuan
berikut:

Pertama: Skim Pembiayaan Ekonomi Desa, latihan dan bimbingan usahawan,
pemasaran dan promosi serta khidmat sokongan perniagaan untuk membantu
meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar, termasuk golongan termiskin;

Kedua: Program Bantuan Rumah untuk menyedia dan membaik pulih 4 ribu
buah rumah kepada rakyat termiskin di luar bandar; 

Ketiga: menambahbaik Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS;

Keempat: menaik taraf dan ubahsuai sekolah luar bandar, terutamanya di
Sabah dan Sarawak; 

Kelima: membekalkan elektrik kepada hampir 550 buah sekolah dan air
kepada 260 buah sekolah. Apabila projek ini siap, kita akan mencapai
liputan sepenuhnya bekalan elektrik dan air kepada semua sekolah; dan

Keenam: program meningkatkan taraf hidup Orang Asli dengan peruntukan
sebanyak 104 juta ringgit. 


PENUTUP

Tuan Yang DiPertua,
Saya mohon mencadangkan.

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Website http://www.rantaunet.org
_____________________________________________________
Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://rantaunet.org/palanta-setting
____________________________________________________

Kirim email ke