PAHALA MEMBANTU TETANGGA DAN ANAK YATIM

Pada  suatu  masa  ketika  Abdullah  bin  Mubarak berhaji, tertidur di
Masjidil  Haram.  Dia  telah  bermimpi melihat dua malaikat turun dari
langit  lalu  yang  satu  berkata  kepada  yang  lain,  "Berapa banyak
orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu." 

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?" 

Jawabnya,  "Tidak  seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang
sepatu  dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi
diterima  hajinya  sehingga  semua  yang  haji pada tahun itu diterima
dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika   Abdullah   bin  Mubarak  mendengar  percakapannya  itu,  maka
terbangunlah  ia  dari  tidurnya,  dan  langsung  berangkat ke Damsyik
mencari  orang  yang  bernama  Muwaffaq  itu  sehingga ia sampailah ke
rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan
segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq." 

Lalu  abdullah  bin  Mubarak  bertanya  padanya, "Kebaikan apakah yang
telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab  Muwaffaq,  "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana
keadaanku,  tetapi  mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari
pekerjaanku  membuat  dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada
tahun  ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau
makanan  dari  rumah  jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke
rumah  jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku
itu.

Jawab  jiranku,  "Aku  terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak
yatimku  sudah  tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari
makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di
suatu  tempat,  lalu  aku  potong  sebahagiannya dan bawa pulang untuk
masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika  aku  mendegar  jawapan  itu,  aku  segera kembali ke rumah dan
mengambil  wang  tiga  ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi
seraya  menyuruhnya  membelanjakan  wang itu untuk keperluan anak-anak
yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi. 

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga
yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat
anak-anak yatim.

Rasulullah  ada  ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan
yang bila kuamalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik." 

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui
bahawa aku telah berbuat baik?"

Jawab  Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata
engkau  baik  maka  engkau  benar-benar  baik  dan bila mereka berkata
engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

source www.teladan98.tripod.com


--------------------------------------------------------------
Website: http://www.rantaunet.org
=========================================================
* Berhenti (unsubscribe), berhenti sementara (nomail) dan konfigurasi 
keanggotaan,
silahkan ke: http://rantaunet.org/palanta-setting
* Posting dan membaca email lewat web di
http://groups.yahoo.com/group/RantauNet/messages
dengan tetap harus terdaftar di sini.
--------------------------------------------------------------
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan Reply
- Besar posting maksimum 100 KB
- Mengirim attachment ditolak oleh sistem
=========================================================

Kirim email ke