Tolong dibaca aturan di footer dibawah
--------------------------------------
Assalamualaikum wr wb,
Nampaknya adinda akan datang semula ke Sintok, di perbatasan Malaysia
dan Thailand sana. Beberapa bulan yang lepas, adinda Junaidi telah sempat
singgah di Ipoh, dalam perjalanannya dari Pulau Pinang ke Singapura, semoga
dinda Mulyadi juga boleh singgah di Ipoh yang sekitar dua setengah jam driving
dari Kuala Lumpur. Pondok kediaman saya hampir dengan plaza tol Jelapang iaitu
tol keluar arah ke Utara dari Ipoh.
Di sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Utara, buah-buahan yang
dijual gerai-gerai di tepi (R&R) lebuhraya (highway) terdiri dari jambu
(guavas), mangga, jeruk (oranges), limau tambun, kacang tanah (groundnuts),
longan, pisang, buah-buahan lokal yang lain. Durian tidak bermusim sekarang
namun di Chow Kit mungkin adinda Arshad boleh komen sedikit.
Ipoh tidak berapa kelihatan jika diliat dari highway Kuala Lumpur ke
Bukit Kayu Hitam kerana laluan highway di pinggiran bandar Ipoh di
celah-celah bukit batu kapur yang bertaburan di sekitarnya. Oleh itu jika ada
kesempatan, singgahlah sebentar di tempat yang pada suatu masa dahulu terkenal
dengan bijih timahnya.
Ipoh ialah nama sejenis pohon kayu beracun yang yang menjadi ramuan yang
disapukan pada mata panah sumpitan (blow-pipe) yang digunakan oleh orang asli
(aborigine) untuk membunuh binatang buruan mereka seperti kancil, tupai dan
kera. Masih terdapat sepohon Ipoh di depan stesen keretapi Ipoh.
Sekian dulu, mohon maaf sekiranya tersalah bicara.
Wassalam,
Idris Talu (55+)
[EMAIL PROTECTED] wrote: Tolong dibaca aturan di footer dibawah
--------------------------------------
Ass,wr,wb.
Ajo Arsyad, apo alah batuka nombor talipon tu, di hape ambo tacataik :
+60129027920 dan talipon dangau +65361874094.
---------------ambo kuduangkan-----------------
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------
Website: http://www.rantaunet.org
=========================================================
* Berhenti (unsubscribe), berhenti sementara (nomail) dan konfigurasi
keanggotaan,
silahkan ke: http://rantaunet.org/palanta-setting
* Posting dan membaca email lewat web di
http://groups.yahoo.com/group/RantauNet/messages
dengan tetap harus terdaftar di sini.
--------------------------------------------------------------
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Posting email, DITOLAK atau DIMODERASI oleh system, jika:
1. Email ukuran besar dari >100KB.
2. Email dengan attachment.
3. Email dikirim untuk banyak penerima.
================================================