Tolong dibaca aturan di footer dibawah
--------------------------------------
Pulang Basamo Juni 2008
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Kembara/20070107124055/Article/indexm_html
Lambaian Tasik Maninjau
Oleh MUHD IZAWAN BAHARIN

Tempat kelahiran Buya Hamka di Bukittinggi bumi Minangkabau

Dikelilingi gunung berapi dan sawah padi, tasik jernih selebar lapan
kilometer dengan panjang 16 kilometer itu kelihatan sangat unik dan
menenangkan. Malah, jika dipandang dari atas, ia kelihatan seperti
tapak kaki kanan manusia.

Terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Bukittinggi, tasik itu yang
wujud 700 tahun lalu akibat letusan gunung berapi menjadi antara
tarikan pelancong yang mengunjungi bumi masyarakat Minangkabau.

Di situ juga tempat kelahiran ulama terkenal nusantara, Haji Abdul
Malik Karim Abdullah atau lebih dikenali sebagai Prof Dr Hamka.

Sehubungan itu, bagi memperingati bumi kelahirannya, sebuah muzium
dikenali sebagai Muzium Kelahiran Buya Hamka dibina di Tanah Sirah,
Sungai Batang, Tanjung Raya Agam, iaitu tapak rumah asal tokoh agama
itu dibesarkan.

Itu sebahagian pengalaman menarik ketika mengunjungi Bukittinggi.
Daripada segi adat, masyarakat di sana mengamalkan adat perpatih yang
mirip di Negeri Sembilan, malah tanah Minang itu turut menawarkan
tempat wisata atau pelancongan menakjubkan.

Kota Bukittinggi yang biasanya dipanggil Kota Jam Gadang atau Kota
Wisata mempunyai keluasan 25,239 kilometer persegi, dikelilingi Gunung
Merapi dan Singgalang dengan penduduk berjumlah kira-kira 100,000
orang pelbagai suku dan etnik.

Tanah di situ juga sangat subur kerana berhampiran gunung berapi, jadi
pemandangan di situ banyak `dihiasi' sayur-sayuran seperti kobis,
kacang panjang, terung dan jagung yang tumbuh segar.

Menara Jam Gadang (Besar) dibangunkan pemerintah Belanda, Controleur
Rookmaker, pada 1827. Ia terletak antara Bukit Cubadak dan Bukit
Kandang Kabau yang mempunyai atap bercirikan rumah Minang.

Di pinggir barat bandar itu pula, pelancong dapat melihat keindahan
Ngarai Sianok yang di belakangnya berdiri megah gunung berapi
Singgalang dan Merapi, manakala di dasarnya mengalir sungai kecil yang
berliku-liku.

Untuk membeli-belah, pelancong boleh mengunjungi Pasar Atas dan Pasar
Bawah. Kedua-dua pasar ini disambungkan oleh Janjang Ampek Puluah yang
dibina pada 1908.

Masyarakatnya juga berpegang kuat pada adat dan agama. Hampir di
setiap sudut bangunan diwujudkan musolla atau surau untuk solat.

Namun jangan terperanjat kerana sesetengah rumah memelihara anjing
untuk melindungi tanaman mereka daripada diserang haiwan liar seperti
babi hutan.

Jadi tidak hairan jika anda boleh melihat anjing bebas berkeliaran di
kawasan rumah, namun awas jika terlanggar sehingga mencedera atau
membunuh haiwan itu ketika memandu kerana anda dikenakan bayaran ganti
rugi mencecah 500,000 rupiah atau kira-kira RM200.

Penduduknya juga terkenal dengan keramahan, tetapi adakalanya ragam
mereka kelihatan pelik. Jika melalui beberapa jalan tertentu, pasti
akan menemui `tol' iaitu pengutip derma.

Mereka akan meletak papan tanda di tengah jalan tertulis memohon
sumbangan, dan beberapa orang akan berdiri di kiri dan kanan jalan
sambil memegang kotak kosong atau bakul sampah mengharap simpati
pengguna jalan raya.

Mereka tidak memaksa setiap pengguna jalan raya menghulurkan wang,
namun perbuatan itu menyebabkan kesesakan apabila ada kenderaan
berhenti tiba-tiba di tengah laluan, tambahan pula keadaan jalan raya
di sana sempit.

Hakikatnya, Bukittinggi bandar yang mundur jika dibandingkan dengan
Malaysia, namun keindahan alam semula jadi dan keunikan masyarakatnya
menjadi pengalaman berharga.


--------------------------------------------------------------
Website: http://www.rantaunet.org
=========================================================
* Berhenti (unsubscribe), berhenti sementara (nomail) dan konfigurasi 
keanggotaan,
silahkan ke: http://rantaunet.org/palanta-setting
* Posting dan membaca email lewat web di
http://groups.yahoo.com/group/RantauNet/messages
dengan tetap harus terdaftar di sini.
--------------------------------------------------------------
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Posting email, DITOLAK atau DIMODERASI oleh system, jika:
1. Email ukuran besar dari >100KB.
2. Email dengan attachment.
3. Email dikirim untuk banyak penerima.
================================================

Kirim email ke