1. Sila postingkan bahan bahan tersebut. Elok sekali bagi saya kerna ingin
mengetahui lebeh lanjut dan mendalam matriks adat Minang. Mungkin termasuk adat
resam yang bersangkut erat dengan sains dan seni perdagangan masyarakat Minang.
2. Saperti yang Pak lebeh mengenal tentang konsep, amalan dan lembaga otonomi
daerah(disebut pemerentahan tempatan di Malaysia) yang diterap-kembangkan di
luar Jakarta, saya ada terbaca satu makalah, sekitar empat tahun yang lepas,
yang menyatakan bahwa penterapan otonomi daerah yang disertai atau dipangku
dengan adat tempatan, dan disini makalah tersebut menyatakan adat resam Minang,
akan lebeh bermakna dalam mengwujudkan kestabilan Negeri secara baik, agar
dengan pengstabilan ini membantu pemajuan dan pembangunan masyarakat setempat
dengan lebeh lancar.
Saya ingin bertanya sejauh manakah kemampuan adat resam Minang boleh di
serapkan dan di jadikan batu asas pemerentahan otonomi daerah di Ranah Minang.
Antara lain, persoalan saya ialah adat resam Minang itu sendiri di jadikan asas
pentadbiran Ranah Minang/Sumatra Barat. Saperti yang saya faham adat bukan
sahaja bererti dalam domain nilai dan personal law sahaja, bahkan boleh
dijadikan asas pentadbiran politik dalam lembaga kenegaraan- termasuk dalam
merumuskan rang undang undang jual beli, RUU perumahan, RUU perdagangan, DLL.
Sepengetahuan saya, yang masih belum begitu mengerti adat resam Minang secara
kemenyeluruhannya dengan baik, apa yang kini berlaku ialah di Ranang Minang ada
dua sistem pentadbiran: sistem pentadbiran berasaskan electoral democracy Barat
yang telah di Indonesiakan dan sistem kemasyarakatan berasaskan adat resam
Minang. Apakah jalan terbaik untuk masa depan Ranah Minang: pengabungan dengan
pengubahsuaian yang jelas dituntut atau meneruskan pemisahan yang yang telah
sedia ada yang sedikit sebanyak telah mengwujudkan kestabilan?
3. Dimana boleh saya dapatkan naskah Kompilasi Hukum Islam 1991 ini.
4. Berbicara tentang Konferensi Minang Antarabangsa, elok saya kaitkan dengan
beberapa perkara:
a. Mungkin telah wujud satu think tank atau institut kajian dasar/policy
research institute yang khusus membicarakan segala aspek keMinangbkabauan atau
membahaskan dasar dasar yang menyentuh Sumatra Barat. Kehadiran think tank
saperti ini yang selalunya bergabung di dalam universiti saperti Universitas
Andalas atau di luar yang bebas dan di biayai oleh pehak tertentu, dapat
menumpukan perhatian penuh aspek ilmiyyah Konferensi tersebut. Kepakaran dan
keahlian yang ada dapat di manfa'atkan dengan baik.
b. Mungkin telah wujud satu departmen pengkajian dasar atau komisi dari
pemerentah daerah atau di DPRD dalam membuat dasar dasar sehubungan dengan
perancangan pembangunan daerah Sumatra barat. Kalau ada baik sekali di
gabungkan dengan Konferensi ini sebabnya kini ada wakil pemerintah.
c. Mungkin telah wujud lembaga lembaga yang mewakili kepentingan masayarakat
umum. Kehadiran mereka mereka ini sudah satu kepastian.
d. Mungkin telah wujud lembaga lembaga mewakili kaum pedagang dan pengusaha
tempatan. Ketidakhadiran mereka mereka ini tidak akan lengkap.
e. Kehadiran lembaga agama dan adat adalah teras kejayaan Konferensi.
5. Diatas permintaan Pak tentang focus group ini baik sekali saya sampaikan
kepada tokoh tokoh Minang yang berwibawa dan arif di sini. Tokoh tokoh ini
senantiasa berkumpul dan jati diri Minang mereka tidak saya ragukan.
Penglihatan jauh mereka akan masyarakat dan Ranah Minang sungguh sungguh bernas
dan padu.
Saafroedin BAHAR <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Waalaikumsalam w.w. Dunsanak Jamaludin Mohyiddin,
---------------------------------
Don't pick lemons.
See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.
Sukseskan Pulang Basamo se Dunia, Juni 2008.
-----------------------------------------------------------------
Website: http://www.rantaunet.org
============================================================
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Email dengan attachment, tidak dianjurkan.
- Posting email, DITOLAK atau DIMODERASI oleh system, jika:
1. Email ukuran besar dari >500KB.
2. Email dikirim untuk banyak penerima.
--------------------------------------------------------------
* Berhenti (unsubscribe), berhenti sementara (nomail) dan konfigurasi
keanggotaan, silahkan ke: http://rantaunet.org/palanta-setting
* Membaca dan Posting email lewat web, bisa melalui mirror mailing list di:
http://groups.yahoo.com/group/RantauNet/messages
http://groups.google.com/group/RantauNet?gvc=2
dengan mendaftarkan juga email anda disini dan kedua mirror diatas.
============================================================